Persiapan Temasya Sukan SKPB

Sekolah Kebangsaan Parit Baharu akan mengadakan Temasya Sukan SKPB 2011 seperti ketetapan dibawah ini. Oleh itu segala persiapan telah diambil dan dimulakan. Semoga kemeriahan Temasya Sukan kali ini akan lebih terasa.
Tarikh : 18 Jun 2011
Hari : Sabtu 8 pagi hingga 5.30 ptg
Tempat: Padang SK Parit baharu

Ini adalah antara persiapan awal. Mesyuarat bersama Ibu Bapa penjaga rumah. Di Sekolah ini lebih kepada sukan dan permuafakatan. Oleh itu ibu bapa terlibat secara langsung dan wajar dilibatkan bersama-sama
Mesyuarat rumah sukan ibu bapa ini diadakan bertujuan membincangkan tentang hiasan rumah sukan, perbarisan dan penyertaan acara ibu bapa.
Dalam pula sibuk buat latihan datang pulak Van MILO. kita minum dulu he....
Ini adalah kerja teknik dan padang. Mesti mula dulu baru acara dan latihan sukan boleh diadakan. Maka Guru-guru SK Parit Baharu pun menyiapkan garisan dan padang.
Hasilnya maka persiapan rapi dan kerja keras semua guru SK Parit baharu menyediakan padang, garisan balapan dan melatih sukan maka diharapkan Temasya Sukan SKPB 2011 akan berlangsung dengan lancar