Sambutan Maulidur Rasul 2013

Saban tahun sekolah ini mengadakan majlis seperti ini.Kali ini berlangsung secara sederhana pada 25 januari 2013 dengan perarakan ringkas ke Masjid Maarufiah sambil berselawat dan mendengar ceramah dari Ustaz Mohd Zan dari Politeknik Sultan Idris ,Sabak Bernam.


Kain rentang edisi tahun ini

Kemas berpakaian kebangsaan

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKPB 2013

Kejohanan Merentas Desa berlangsung pada 23 Januari 2013 jam 3.30 petang.Sebenarnya dalam perancangan, kejohanan ini sepatutnya dijalankan pada 26 Januari 2013. Apapun kejohanan ini tetap meriah dan diadakan dengan jayanya

Sebelum berlari, murid-murid melakukan regangan

Regangan dipimpin oleh tiga orang murid lelaki ini


Guru bersiap ke point check

LADAP 1 Tahun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada hari ini SK Parit Baharu telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ) kali 1 bagi tahun 2013
Kami amat bertuah kerana penceramah jemputan ialah Tn Hj Azman B. Mashuri. Beliau ialah Penolong Pegawai PPD Sabak Bernam pengurusan sumber kemanusiaan. 
Kehadiran guru amat memberangsangkan dan penuh komitmen. Tahniah kepada semua guru-guru SK Parit Baharu dan semoga ia dapat dikekalkan sepanjang tahun ini.

Selamat Datang 2013

Hari ini Rabu 4 Januari 2013 adalah hari pertama persekolahan untuk sessi ini.
 Nampak ceria dan segak semua. Eya lah... semuanya baru. Saya sebagai admin web ini mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua guru-guru dan murid-murid. Semoga tahun 2013 ini lebih bermotivasi untuk menuntut ilmu.
 Bagi murid tahun 1, tentunya berdebar dan menyeronokkan untuk kali pertama di sekolah ini