Sambutan Maulidur Rasul





Assalamualaikum...
Tahun 2011 ini Sekolah Kebangsaan parit Baharu telah mengadakan majlis maulidur rasul pada Jumaat 25 Februari 2011. Ia berlangsung meriah dengan acara perarakan dan ceramah agama
Seawal pagi semua guru2, murid2 dan semua kakitangan telah bersiap2 untuk mengadakan perarakan sambil SALAWAT serta berjalan kaki menuju Masjid Makrufiah Parit Baru
Semua murid, guru2 dan kakitangan terlibat menyertai perarakan ini.
Kerjasama dan kesepakatan inilah yang memeriahkan majlis kali ini walaupun ia diadakan secara kecil-kecilan. Sambutan ini dapat memupuk semangat cintakan Rasulullah dan menambahkan ketaatan terhadap Allah. Semoga minda kanak-kanak kecil ini dapat disemai dengan sikap2 yang baik dan murni.
Di Masjid Makrufiah, Parit Baru, semua murid dan guru2 berkesempatan mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Tn Hj Alham Bin Yusak iaitu mantan pegawai PPD Sabak Bernam.
kata-kata nasihat, cerita dan mutiara kata yang disampaikan amat menarik dan semoga ia dapat diamalkan dan disampaikan kepada sahabat2 yang tidak bersama didalam majlis ini
Murid lelaki duduk dihadapan dan murid perempuan dibelakang. nampak tertib dan teratur
Majlis pada hari ini diakhiri dengan jamuan makan kepada guru-guru dan kakitangan. Sedikit sama dirasa, semua murid dapat merasai hidangan istimewa setelah selesai perarak pulang dari Masjid Makrufiah..
Inilah tempat berlangsungnya acara kita. Ia satu kelainan kerana diadakan diluar kelas dan diluar sekolah. Suasanya yang selesa dan kondusif membuatkan murid2 dan guru2 selesa untuk sama-sama mendengar ceramah Maulidur Rasul
Sekalung penghargaan buat semua yang telah memeriahkan majlis sambutan maulidur rasul kali ini. Program murni ini sewajarnya akan terus diadakan sebagai satu cara untuk berdakwah dan belajar di luar kelas. Terima kasih dan Tahniah semua..........