SUKAN MINI SKPB 2010

Salam....
Kepada semua para pembaca blog ini

Sukan MINI SKPB 2010
akan diadakan seperti ketetapan dibawah
KHAMIS
14 OKTOBER 2010

Pamplet
Klik untuk download

Sambutan Aidil Fitri 2010

Pada Hari Jumaat 17.9.2010 persekitaran Sekolah Kebangsaan Parit baharu berkumandang dengan lagu hari raya. Ini kerana satu Majlis Sambutan Aidil Fitri telah diadakan. Kemeriahan amat terasa kerana suasana hari raya masih hangat dirasakan..
Majlis yang pernuh keharmonian dan keakraban antara guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah ini telah diadakan bermula pada jam 10.30 iaitu waktu rehat hingga tamat waktu persekolahan.
Antara atur majlisnya ialah ucapan oleh Guru Besar, bacaan doa dan jamuan hari raya.
Hidangan utama ialah nasi impit, kuah lodeh, rendang serta kuih muih. Walaupun ringkas tetapi ia tetap meriah dan mesra. Semua murid juga memperlihatkan keceriaan yang tidak terhingga.

Walaubagaimanapun hanya murid pra sekolah sahaja yang berpakaian Hari raya sementara murid tahun 1 hingga 6 berpakaian sekolah seperti biasa. Guru-guru dan kakitangan pastinya berhias indah dengan pakaian hari raya yang berwarna-warni.
Walaupun berpakaian formal tetapi kemeriahan tetap terasa
Para pelajar SK Parit Baharu sedang merasai hidangan yang enak. Nasi impit, rendang dan sebagainya. Memang kenyang le.........
Majlis Sambutan Aidil Fitri peringkat SKPB ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari dan trdisi ini akan terus berkesinambungan setiap tahun. Terima kasih kepada semua yang hadir dan diucapkan SELAMAT HARI RAYA..

Majlis Bacaan Yassin UPSR

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk Calon UPSR 2010 telah diadakan pada Khamis malam Jumaat 17.9.2010 bertempat di Dewan SKPB. Majlis ini adalah anjuran PIBG dan Sekolah Kebangsaan Parit Baharu
Para ibu bapa, guru-guru, murid tahun 6 dan kakitangan sekolah turut hadir memeriahkan majlis. Walaupun cuti Aidil Fitri belum tamat namun kehadiran amat memuaskan.
Bacaan Surah Yassin dan solat hajat ini diketuai oleh Imam Besar Masjid Makrufiah Parit Baru Ustaz Badron. Turut hadir juga pada malam itu ialah Dato Mat Yasir B. Ikhsan bekas ADUN Sg Air tawar dan Ahli Parlimen Sabak Bernam
Pada malam itu majlis diakhiri dengan jamuan nasi ambeng. Ia adalah hidangan tradisi orang jawa. Tentu ramai yang berpuas hati menikmati kelazatannya. Kepada Calon UPSR 2010 kini terserah kepada anda semua untuk memiliki keputusan yang cemerlang atau sebaliknya. Usaha telah dibuat dari pelbagai sudut dan cara. Selamat berjaya semua ye....
Tarikh UPSR ialah 21 SEPTEMBER 2010

Majlis Penutup Penghayatan Ramadhan 2010

Sempena Ramadhan Almubarak 2010 ini, Sekolah Kebangsaan Parit Baharu telah mengadakan Program Penghayatan Ramadhan. Bermacam pengisian diadakan antaranya Tadarul membaca alQuran, Kutipan derma anak Yatim dan Tazkirah Ramadhan. Dan akhirnya pada 3 September 2010 telah diadakan Majlis Penutup Penghayatan Ramadhan 2010
Program ini bermatlamat untuk memberikan pengetahuan kepada anak-anak kecil ini tentang teistimewaan dan kelebihan bulan Ramadhan yang perlu dimanfaatkan.
Kalangan anak-anak kecil yang khusuk mendengar alunan ayat-ayat suci alQuran didalam majlis Khatam Al Quran yang turut diadakan.

Pada majlis penutup ini juga telah disampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada beberapa anak Yatim hasil daripada kutipan derma daripada murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. Semoga usaha murni ini akan mendapat ganjaran daripada Allah...
Dikesempatan ini juga saya sebagai admin Web ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin kepada semua pembaca dan pengikut. Semoga aidil fitri kali ini lebih bermakna dan ceria.

Seminar Teknik Menjawab Soalan UPSR

Sekolah ini turut mengadakan seminar Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi tahun 2010 ini. 4 orang guru pakar telah dijemput untuk menjadi penceramah khas. Mereka ialah:
1.Cikgu Mohd Nazri B. Ismail ( Matematik )
2. Cikgu Hjh Radiah Bt Hasbolah ( B. Melayu )
3. Cikgu Mohd Fesal B. Md Top ( B. Inggeris )
4. Cikgu Hjh Lailiah Bt Husin ( Sains )


Semoga ilmu yg bermanfaat ini akan digunakan sebaiknya untuk menjawab soalan UPSR sebenar yang akan diadakan bermula pada 21 September 2010 nanti.
Ini adalah diantara gambar yang dapat dipamerkan sebagai tatapan kita bersama. Yang penting input berguna yang disampaikan oleh penceramah itu mampu diterjemahkan didalam peperiksaan sebenar. Sekian terima kasih........

Bacaan Yassin Sempena Nisfu Syaaban

Assalamualaikum.. Terima kasih kerana masih setia mengikuti perkembangan proses pembelajaran di Sekolah ini. Untuk membina insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berbagai program telah dijalankan. Yang terbaru ialah Program Bacaan Yasin Sempena Nisfu Syaaban yang telah diadakan pada 26 Julai 2010 yang lalu.
Mari kita saksikan gambar-gambar sempena program tersebut...

Perhimpunan awal di Dataran SKPB sebelum berarak bersama2 ke masjid
Pelajar lelaki dalam barisan....
Pelajar perempuan penuh berdisiplin
Mempraktikkan cara mengambil air sembahyang. Ini kolah Masjid Parit Baru....
Murid mendengar taklimat dan kelebihan membaca surah Yasin sempena nisfu Syaaban
Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Saari B. Mohd Saad
Sama-sama membaca surah Yasin secara berjamaah
Sumbangan kepada penyampai ceramah Ust Taufiq Amir
Selesai majlis dan kembali semula kesekolah
Orang kuat yang mengerakkan majlis ini
Semoga program yang baik ini akan memberikan impak yang positif di tahun 2010. Sama-samalah kita berdoa. Terima kasih semua......

Majlis Sambutan Hari Guru 2010





Tahun ni sambutan hari Guru peringkat SK Parit Baharu diadakan pada Jumaat 21 Mei 2010 diatas sebab-sebab tertentu yg munasabah. Walaupun sedikit terlewat tetapi ia dirasakan amat meriah dan penuh bermakna buat semua guru-guru, kakitangan & seluruh murid-murid sekolah ini. Majlis dimulakan dengan ucapan2, nyanyian, ikrar dan potong kek. Tetamu jemputan pada hari ini ialah semua AJK PIBG.

Kemeriahan lebih dirasakan dengan acara penyampaian Hadiah dan pertukaran Hadiah antara guru & kakitangan. Walaupun nampak syok sendiri tetapi ia amat menceriakan dengan pelbagai aksi spontan para guru-guru.
Dan tidak akan ketinggalan pada setiap kali sambutan Hari Guru ialah acara sukaneka antara guru2, murid2 dan AJK PIBG. Walaupun hadiah tidak seberapa nilainya tetapi penglibatan dan keSportingan semua itu yang menceriakan keadaan dan menambahkan kemesraan. Tak percaya?... Cuba le anda tengok sendiri gambar2 kat bawah ni......




Akhirnya terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan majlis ini.

Selamat Hari Guru

Sempena 16 Mei 2010 mari kita sama-sama meriahkannya dengan menyanyikan lagi ini... Lagu keramat " KAMI GURU MALAYSIA"



SELAMAT HARI GURU

Gotong Royong Perdana Sempena Hari Guru

Pada Sabtu 15 Mei 2010 telah diadakan acara Gotong Royong Perdana peringkat SK Parit Baharu sempena hari guru 2010. Para ibu bapa, murid-murid, guru-guru, kakitangan dan pegawai penerangan Daerah Sabak Bernam turut hadir bersama-sama.Meriah, menggambarkan permuafakatan dan persefahaman yang jitu antara semua yang terlibat. Mari kita saksikan gambar2 sempena majlis tersebut.









Semoga majlis seperti ini akan sentiasa mendapat kerjasama daripada semua pihak untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang kondusif untuk menuntut ilmu. Terima Kasih semua.......

Naib Johan Kriket Negeri Selangor

Pada 26 hingga 30 April 2010 seramai 5 orang pelajar SK Parit baharu telah terpilih menyertai kontigen Kriket Daerah Sabak Bernam. Mereka ialah:
1. Mohd Adib Abidin
2. Mohd Muhibuddin Nuri
3. Mohd Aiman Syafiq
4. Mohd Aidil Ahmad Razali
5. Mohd Baihaqi Ahmad Razali
Diiringi oleh guru
1. Hafizuddin Abd Aziz ( Manager )
2. Mohd Saari Mohd Saad ( Coach)
3. Shahrol Hair Tarekat ( Ast. Coach )
Telah menjadi Naib Johan Kejohanan Kriket MSS Selangor 2010 yg diadakan Sekolah Tinggi Kajang. Tahniah diucapkan diatas kejayaan yang amat membanggakan ini. Gambar diatas adalah sessi penyampaian semula sijil dan medal yang diadakan di Dataran SKPB pada perhimpunan mingguan Isnin.
Semoga kejayaan ini akan merangsang semua warga SK Parit baharu untuk terus cemerlang dan sentiasa mengharumkan nama sekolah..

pS: Pasukan yang berjaya membuat kejutan...