...:SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAHARU:...

Pemilihan Pemain Kriket Daerah Sabak Bernam 2010

Assalamualaikum...
Selasa 20 April 2010
Seramai 32 orang pemain kriket seluruh daerah sabak Bernam telah berkampung di sekolah ini untuk sessi pemilihan skuad Sabak Bernam bawah 12 tahun. Pemilihan ini diketuai oleh Cikgu Mohd Halim Shah Miswan sebagai Pengerusi Teknik dan Cikgu Saari Mohd saad sebagai Ketua Jurulatih

Daripada jumlah itu hanya akan memilih seramai 15 orang pemain yang akan terpilih mewakili Sabak Bernam ke Kejohanan MSS yang akan diadakan pada 26 hingga 31 April 2010 di Kuala langat, selangor.

Menurut Pengurus Kontijen Cikgu Mohd Hafizuddin Abd Aziz. Pemain-pemain yang terpilih akan menjalani latihan pusat di sekolah ini bermula pada 21 hingga 24 di Padang SK Parit baharu untuk mendalami dan mempelajari kemahiran-kemahiran tambahan.
Blog Widget by LinkWithin