Orang Penting di dalam Sukan SKPB 2009

SUKAN SKPB 2009 pasti ada orang-orang kuatnya. Ini lah meraka yang boleh dianggap yang saya akan berikan ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH. (mcm aku gb nak ucap2 penghargaan... ) Saya amat seronok berkerja dengan korang semua. I love you all...




Gambar Kenangan Sepanjang SUKAN SKPB 2009

Hai... Apa khabar semua? Ini ada beberapa gambar sempena sukan SKPB 2009. Untuk kenangan dan untuk sama sama kita lihat. OK ada lagi tau...







SUKAN SKPB 2009 berlangsung meriah...

Hiasan Rumah Sukan oleh ibu bapa penjaga

Segak bergaya... Perbarisan rumah merah yang dikenali sebagai BUNGA RAYA

Hai... Apa khabar semua.

Pada kali ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kesudian anda semua hadir ke majlis tersebut. Memang meriah betul kali ini. Tak tau le.. mungkin ini kerana kerjasama semua murid-murid, ibu bapa penjaga dan ahli komuniti sekeliling.
Majlis gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Mohd Noor Razikin dan ditutup oleh Tuan Penolong Pegawai Pelajaran daerah Sabak Bernam, Tn Hj Sahroni B. Tasuki. Sebanyak 70 acara sukan telah dipertandingkan dan 10 acara ibu bapa serta penjaga sekolah ini. Sebagai Setiausaha Sukan saya merasakan kemeriahan dan kejayaan ini merupakan satu kepuasan kepada diri sendiri. YES!!!. Tak lupa juga semua guru dan kakitangan SKPB terutamanya cikgu Sulaiman, Cikgu Nor Huda, Ustazah Hendon, Cikgu Saari, Cikgu Hafizuddin, Cikgu Baharuddin, Cikgu Yassin dan semuanya. Terima kasih kepada semua.

Jawatan Kuasa Pelaksana Temasya Sukan SKPB 2009

Jawatan Kuasa Pelaksana Temasya Sukan SKPB 2009

Penasihat : Tn Hj Mohd Nor B. Razikin
YDP PIBG SK Parit Baharu

Pengerusi : En Baharuddin B. Ibrahim
Guru Besar SK Parit Baharu

Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Jaimah Bt Mohd Shariff
GPK Ko Kurikulum SK Parit Baharu

Naib Pengerusi 2 : En Muhammad Atori B. Hj Iksan
GPK Kurikulum SK Parit Baharu

Naib Pengerusi 3 : En Mohd Yasin B. Rustam
GPK HEM SK Parit Baharu

Setiausaha : En Muhammad Zailani B. Somingan

Naib Setiausaha : Pn Hasnah Bt Mashud

Bendahari : Pn Siti Salwa Bt Omar Basiron

Jawatan Kuasa Teknik dan Padang
: En Shahrizam B. Mad Saidan (K)
: En Shahrol Hair B. Tarekat
: En Mohd Saari B. Mohd Saad
: En Ramlan B. Ramli
: En Muhammad Zailani B. Somingan

Acara & Alatan
: En Hafizuddin B. Abd Aziz (K)
: Pn Hasnah Bt Mashud
: Pn Sharida Bt Ibrahim

Pengurus Peserta
: En ZolKapli B. Mohd Ali (K)
: En Abd Khalek B. Abas
: Pn Zurina Bt Samsuddin
: Pn Kamariah Bt Achil
: En Kamarul Zaki B. Sarijo

Pelepas Acara
: Tn Hj Shafii B. Bakri (K)
: En Mohd Taufiq Amir
: En Zool Fadzli B. Mohd Said

Hakim penamat
: En Hafizuddin B. Abd Aziz (K)
: Pn Hasnah Bt Mashud
: Pn Kamariah Bt Achil
: En Yahya B. Tarhib

Pencatat Pemenang
: Pn Norhayati Bt Samausi (K)
: Cik Siti Norlaila Bt Tasuki
: Cik Rohaida Bt Abd Rashid
: Pn Farhana Bt Hamzah

Kecemasan
: Pn Sabariah Bt Masduki (K)
: PBSM SAM Parit Baharu

Juru Acara : Pn Nor Huda Bt Abd Rahman

P.A Sistem
: En Mohd Paudzi Ramli
: En Yahya B. Tarhib

Hadiah & Cenderamata
: Pn Norizan Tahir (K)
: Pn Hendon Nurul Ahadiah Abu Suaud
: Pn Siti Zubaidah Muhamad

Hiasan padang
: Pn Siti Zubaidah Muhamad (K)
: Pn Norlina Bt Mohd Ali
: Pn Nor Huda Bt Abd Rahman

Istiadat Perbarisan
: Tn Hj Sulaiman B. Sukar (K)
: En Mohd Mahfol Hj Tahir
: Pn Sharida Bt Ibrahim
: Pn Zakiah Bt Razikin

Jamuan VIP
: Pn Hjh Baidah Sabran (K)
: Pn Siti Salwa Bt Omar Basiron

Keselamatan& Parking
: En Kamarul Zaki Samijo (K)
: En Yahya B. Tarhib
: En Yusof B. Lasan

Khemah VIP
: Tn Hj Shafii B. Bakri
: En Abd Khalek B. Abas

Gerai Jualan, Lokasi & bayaran
: En Zolkapli B. Mohd Ali ( Kelab Guru & Kakitangan )
: Pn Siti Salwa Bt Omar Basiron

Minuman murid
: En Mohd Tohar B. Arifin (K)
: Pn Norhashimah Bt Idris

Kebersihan
: Pn Fatmawati Bt Sarbini (K)
: Pn Nor Leha Bt Dahalan

Fotografi : En Muhammad Zailani Somingan

Brauser
: Pn Zurinah Bt Hamzah (K)
: Pn Musringaton Bt Khalil
: Pn Farhana Bt Hamzah

KERTAS KERJA SUKAN TAHUNAN

Pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang adalah terbentuk dari gabungan intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan itu, untuk tujuan pembentukan insan yang seimbang itu, maka Sekolah Kebangsaan Parit Baharu akan mengadakan satu Temasya Sukan untuk menjurus kepada pembentukan insan seimbang itu. Ia dilaksanakan secara permuafakatan ibu bapa untuk merapatkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Temasya Sukan ini dinamakan dengan Sukan SKPB 2009.

B.Matlamat

Untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara

C.Objektif

Sukan Mini 2008 antara-kelas-kelas SKPB ini diadakan dengan beberapa objektif antaranya:
1.Memenuhi keperluan murid untuk beriadah dan bersukan
2.Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba
3.Memupuk semangat berkerjasama dan berganding bahu dalam satu pasukan.
4.Mengilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan keperingkat lebih tinggi.
5.Memilih murid untuk mewakili sekolah ke Kejohanan MSSD Sabak Bernam 2009

D.Tema

Bersukan Untuk Perpaduan, Kesihatan, hubungan Sosial dan keceriaan diri.

E.Maklumat perlaksanaan

Sukan SKPB 2009 ini akan diadakan seperti ketetapan dibawah :

Acara padang
1. Tarikh : 16 dan 17 Februari 2009
2. Hari : Isnin dan selasa
3. Masa : 08.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
4. Acara : Acara padang

Kemuncak temasya
1. Tarikh : 21 Februari 2009
2. Hari : Sabtu
3. Masa : 07.30 pagi hingga 6.00 petang
4. Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Parit Baharu
5. Acara : acara murid & individu berkumpulan dan
acara ibu bapa & penjaga.

semua dijemput hadir tau...