Sambutan Hari Guru 2009


LCD Text Generator at TextSpace.net


Lagu GURU MALAYSIA telah berkumandang lagi di dewan SK Parit Baharun pada 18 Mei 2009 yang lalu sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan amat meriah dengan pelbagai aktiviti dan acara. Korang tengok sendiri le gambar kat bawah ni. Nak cerita pun payah..
Ini adalah kek sumbangan pengusaha kantin yang baik hati. Siap ada pulut kuning lagi... memang kenyang le cikgu-cikgu pada hari ini...

Murid-murid juga tidak ketinggalan dihiburkan oleh nyanyian para murid dan guru-guru. Kira boleh le....
Acara bertukar-tukar hadiah menjadi kemuncak sambutan. Kira macam syok sendiri le... Apa pun saya mengucapkan

SELAMAT HARI GURU

kepada semua guru-guru di SK Parit Baharu yang memang rajin, gigih dan hebat

kepada semua guru-guru di Malaysia teruskan usaha murni kita mendidik anak bangsa.

Kursus LADAP ke 2

Pada Khamis 30 April yang lalu satu Kursus Dalam Perkhidmatan Peringkat SK Parit Baharu telah diadakan. Semua guru telah hadir. Itu yg bestnya kat sekolah ni. Sporting cikgunya....

Pada Latihan dalam perkhidmatan kali ini Modul kursus telah disampaikan oleh Pn Nor Huda Bt Abd Rahman pakar didalam bidang ini. Kursus ini diadakan di PKG Sg Air tawar.