Tuan Rumah Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 tahun 2009

Pada 6 hingga 9 April 2009, SK Parit Baharu telah menjadi tuan rumah kejohanan MSSD Sabak Bernam untuk tahun 2009. Pada tahun ini sebanyak 16 buah sekolah telah mengambil bahagian. Perlawanan telah diadakan dipadang SK Parit Baharu dan Padang SK Teluk Ru. Pertandingan kali ini adalah bertujuan untuk memilih pemain bagi mewakili daerah sabak bernam ke Kejohanan Peringkat negeri selangor yang akan diadakan di Kuala Langat.
Pertandingan yang berlangsung selama 4 hari ini di menangi oleh SK Binjai Jaya dengan menewaskan SK Seri Utama di final dengan keputusan 3:2 selepas masa tambahan. Pada perlawanan Separuh Akhir SK Binjai Jaya telah menewaskan SK Seri Makmur dan SK Seri Utama telah menewaskan pasukan SK Dr Abd Latif.
Kejohanan ini telah disempurnakan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiahnya oleh Pegawai Penyelia Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam En Zulkifli B. Sarbini
Sepanjang kejohanan ini seramai 30 pemain telah terpilih ke latihan pusat untuk mewakili sabak bernam ke Kejohanan MSS Selangor yang akan diadakan pada 20 hingga 23 april di Kuala Langat. Latihan pusat akan diadakan dipadang SK Parit Baharu diketuai oleh En Nor Azmi B. Ismail yang juga pengerusi teknik bola sepak bawah 12 tahun Sabak Bernam.
Berikut adalah antara pasukan yang telah menyertai kejohanan Bola Sepak bawah 12 tahun MSSD Sabak Bernam 2009


Naib Johan Kriket Bawah 12 Tahun MSSD 2009

Tahniah kepada pasukan kriket SK Parit Baharu kerana telah menjadi Naib Johan Kejohanan Kriket MSSD Sabak Bernam yang telah diadakan pada 22 hingga 26 Mac 2009 yg lalu. Pada perlawanan akhir SK Parit Baharu kalah 1 larian kepada musuh utama iaitu SK Binjai Jaya dengan 26:25 run. Apa pun tahniah kepada Skuad SK Binjai Jaya dan tahniah juga kepada ketua jurulatih SK Parit Baharu, Cikgu Saari Mohd Saad. Sebagai tanda penghargaan, Guru Besar kami En Baharuddin Ibrahim telah menjamu semua kontigen kriket ini makan di KFC. Terima kasih cikgu. Makan kami pun sangat gembira dan bertekat akan menjadi johan pada tahun depan...

Untuk kejohanan bawah 10 tahun yang akan diadakan sekitar bulan julai 2009 ini pasti pasukan SK Parit Baharu akan menebus kekalahan ini.