Sambutan Aidil Fitri 2010

Pada Hari Jumaat 17.9.2010 persekitaran Sekolah Kebangsaan Parit baharu berkumandang dengan lagu hari raya. Ini kerana satu Majlis Sambutan Aidil Fitri telah diadakan. Kemeriahan amat terasa kerana suasana hari raya masih hangat dirasakan..
Majlis yang pernuh keharmonian dan keakraban antara guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah ini telah diadakan bermula pada jam 10.30 iaitu waktu rehat hingga tamat waktu persekolahan.
Antara atur majlisnya ialah ucapan oleh Guru Besar, bacaan doa dan jamuan hari raya.
Hidangan utama ialah nasi impit, kuah lodeh, rendang serta kuih muih. Walaupun ringkas tetapi ia tetap meriah dan mesra. Semua murid juga memperlihatkan keceriaan yang tidak terhingga.

Walaubagaimanapun hanya murid pra sekolah sahaja yang berpakaian Hari raya sementara murid tahun 1 hingga 6 berpakaian sekolah seperti biasa. Guru-guru dan kakitangan pastinya berhias indah dengan pakaian hari raya yang berwarna-warni.
Walaupun berpakaian formal tetapi kemeriahan tetap terasa
Para pelajar SK Parit Baharu sedang merasai hidangan yang enak. Nasi impit, rendang dan sebagainya. Memang kenyang le.........
Majlis Sambutan Aidil Fitri peringkat SKPB ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari dan trdisi ini akan terus berkesinambungan setiap tahun. Terima kasih kepada semua yang hadir dan diucapkan SELAMAT HARI RAYA..

Majlis Bacaan Yassin UPSR

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk Calon UPSR 2010 telah diadakan pada Khamis malam Jumaat 17.9.2010 bertempat di Dewan SKPB. Majlis ini adalah anjuran PIBG dan Sekolah Kebangsaan Parit Baharu
Para ibu bapa, guru-guru, murid tahun 6 dan kakitangan sekolah turut hadir memeriahkan majlis. Walaupun cuti Aidil Fitri belum tamat namun kehadiran amat memuaskan.
Bacaan Surah Yassin dan solat hajat ini diketuai oleh Imam Besar Masjid Makrufiah Parit Baru Ustaz Badron. Turut hadir juga pada malam itu ialah Dato Mat Yasir B. Ikhsan bekas ADUN Sg Air tawar dan Ahli Parlimen Sabak Bernam
Pada malam itu majlis diakhiri dengan jamuan nasi ambeng. Ia adalah hidangan tradisi orang jawa. Tentu ramai yang berpuas hati menikmati kelazatannya. Kepada Calon UPSR 2010 kini terserah kepada anda semua untuk memiliki keputusan yang cemerlang atau sebaliknya. Usaha telah dibuat dari pelbagai sudut dan cara. Selamat berjaya semua ye....
Tarikh UPSR ialah 21 SEPTEMBER 2010

Majlis Penutup Penghayatan Ramadhan 2010

Sempena Ramadhan Almubarak 2010 ini, Sekolah Kebangsaan Parit Baharu telah mengadakan Program Penghayatan Ramadhan. Bermacam pengisian diadakan antaranya Tadarul membaca alQuran, Kutipan derma anak Yatim dan Tazkirah Ramadhan. Dan akhirnya pada 3 September 2010 telah diadakan Majlis Penutup Penghayatan Ramadhan 2010
Program ini bermatlamat untuk memberikan pengetahuan kepada anak-anak kecil ini tentang teistimewaan dan kelebihan bulan Ramadhan yang perlu dimanfaatkan.
Kalangan anak-anak kecil yang khusuk mendengar alunan ayat-ayat suci alQuran didalam majlis Khatam Al Quran yang turut diadakan.

Pada majlis penutup ini juga telah disampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada beberapa anak Yatim hasil daripada kutipan derma daripada murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. Semoga usaha murni ini akan mendapat ganjaran daripada Allah...
Dikesempatan ini juga saya sebagai admin Web ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin kepada semua pembaca dan pengikut. Semoga aidil fitri kali ini lebih bermakna dan ceria.