Kejohanan Merentas Desa 2011

Satu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada 28 januari 2011. Semua murid tahun 4,5 dan 6 telah menyertai kejohanan tersebut. ia diadakan dengan tujuan untuk mencungkil bakat bagi mewakili sekolah ke peringkat MSSD Sabak Bernam. Disamping itu juga ia bagi menjadikan pelajar yang seimbang sari segi jasmani, rohani dan intelek....

Begini lah keadaan peserta sedang bersiap....
1.. 2... Lari....


Bagi anda semua yang pernah merasai saat2 mcm ini pasti mengetahui betapa seronok, berdebar dan mcm2 lagi le.... Kepada pemenang tahniah dan kepada yang kurang berjaya harap berusaha lagi dilain masa. Terima kasih kepada semua guru-guru dan kakitangan SK Parit baharu yang terlibat menjayakannya...

Bayar Yuran dan Beli Buku

Majlis Pembayaran yuran dan pembelian buku telah diadakan pada 31 Disember 2010. Sambutan menggalakkan daripada ibu bapa. Ini menunjukkan semangat ibu bapa yang berkobar-kobar untuk menghantar anaknya untuk sessi persekolahan 2011
Ibu bapa berbaris untuk membeli buku tulis dan peralatan di kedai koperasi SKPB
Pembayaran Yuran PIBG diadakan Dewan SKPB

Persiapan awal bagi melancarkan acara. Guru2 kelas menjadi Akauntan pada hari ini. Tanggung jawab seorang guru.

Sibuk melayan ibu bapa...
Ternyata semua ibu bapa, guru-guru dan semua murid-murid telah membuat persiapan awal untuk memulakan sessi persekolahan 2011. Semoga harapan mereka untuk melihat kejayaan anak-anak akan menjadi kenyataan.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011
dan
SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH