.:SKPB mengekalkan prestasi:.

Pada 3 hingga 5 April 2013 yang lepas pasukan bola Sepak SK Parit Baharu dibawah latihan Cikgu Zailani telah menyertai Kejohanan MSSD Sabak Bernam di SK Sg Leman, Sekinchan.

The Warrior Kids telah berlatih sejak 3 bulan untuk menghadapi kejohanan pada kali ini. Tahun ini merupakan tahun ke2 CIKGU ZAILANI mengambil alih sebagai jurulatih pasukan SK Parit Baharu selepas mendapat Kursus Kejurulatihan pada tahun 2011. Pada tahun ini sebanyak 24 pasukan telah bertanding yang dibahagikan kepada 7 pasukan. 2 Pasukan bagi setiap kumpulan layak keperingkat ke2 kalah mati.
Pada peringkat kumpulan C The Warrior Kids menjadi johan kumpulan dengan menewaskan SK Seri Utama tetapi kecundang kepada SK Sepintas
Pada Pusingan ke 2 SK Parit Baharu The Warrior Kids menang 5:3 menewaskan SK Binjai Jaya untuk layak ke Suku Akhir. Pada peringkat Suku Akhir menewaskan SK Sekinchan dengan 3:0
Diperingkat Separuh Akhir bertemu SK Sg Nibung, pasukan Team SKPB Warrior Kids terpaksa mengalah kepada 1:4 Kekalahan ini menyebabkan perjuangan untuk ke FINAL berkubur dan diistiharkan memenangi tempat ke 3 bersama SK Sapintas yg juga gagal diperingkat separuh akhir.
Majlis penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai JPN sukan prestasi tinggi. En Mokhtar Mahmud dan Pasukan SKPB Warrior Kids telah diistiharkan pemenang tempat ke3. Johan pada kali ini ialah SK Sg Leman dengan menewaskan SK Sg Nibong 6:0 di Final