Sambutan Maulidur Rasul





Assalamualaikum...
Tahun 2011 ini Sekolah Kebangsaan parit Baharu telah mengadakan majlis maulidur rasul pada Jumaat 25 Februari 2011. Ia berlangsung meriah dengan acara perarakan dan ceramah agama
Seawal pagi semua guru2, murid2 dan semua kakitangan telah bersiap2 untuk mengadakan perarakan sambil SALAWAT serta berjalan kaki menuju Masjid Makrufiah Parit Baru
Semua murid, guru2 dan kakitangan terlibat menyertai perarakan ini.
Kerjasama dan kesepakatan inilah yang memeriahkan majlis kali ini walaupun ia diadakan secara kecil-kecilan. Sambutan ini dapat memupuk semangat cintakan Rasulullah dan menambahkan ketaatan terhadap Allah. Semoga minda kanak-kanak kecil ini dapat disemai dengan sikap2 yang baik dan murni.
Di Masjid Makrufiah, Parit Baru, semua murid dan guru2 berkesempatan mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Tn Hj Alham Bin Yusak iaitu mantan pegawai PPD Sabak Bernam.
kata-kata nasihat, cerita dan mutiara kata yang disampaikan amat menarik dan semoga ia dapat diamalkan dan disampaikan kepada sahabat2 yang tidak bersama didalam majlis ini
Murid lelaki duduk dihadapan dan murid perempuan dibelakang. nampak tertib dan teratur
Majlis pada hari ini diakhiri dengan jamuan makan kepada guru-guru dan kakitangan. Sedikit sama dirasa, semua murid dapat merasai hidangan istimewa setelah selesai perarak pulang dari Masjid Makrufiah..
Inilah tempat berlangsungnya acara kita. Ia satu kelainan kerana diadakan diluar kelas dan diluar sekolah. Suasanya yang selesa dan kondusif membuatkan murid2 dan guru2 selesa untuk sama-sama mendengar ceramah Maulidur Rasul
Sekalung penghargaan buat semua yang telah memeriahkan majlis sambutan maulidur rasul kali ini. Program murni ini sewajarnya akan terus diadakan sebagai satu cara untuk berdakwah dan belajar di luar kelas. Terima kasih dan Tahniah semua..........

Johan Kriket Sabak Bernam 2011

Assalamamualaikum....
Sekolah Kebangsaan Parit Baharu telah menjadi johan di Kejohanan Kriket MSSD Sabak Bernam tahun 2011. Kejohanan yang telah diadakan pada 12 hingga 15 Februari 2011 itu telah disertai oleh 6 buah sekolah di Sabak Bernam.
Kejohanan yang telah diadakan di SBPI Sabak Bernam itu menobatkan SK Parit Baharu untuk Johan kali ke 7 berturut-turut. Sepanjang kejohanan ini pasukan ini telah memenangi kesemua perlawanan termasuk final bertemu SK Parit 9 dengan 46:45 larian.
Pasukan Kriket SK Parit Baharu kali ini diketuai oleh Juru Latih, Cikgu Mohd Saari Saad, Penolong Juru Latih Cikgu Shahrol Hair Tarekat, Pengurus Pasukan Cikgu Mohd Hafizuddin Abd AzIZ dan penolong Pengurus Cikgu Zailani Somingan

5 pemain sekolah ini telah terpilih mewakili daerah Sabak Bernam ke Kejohanan Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Kuala Langat. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah mengharumkan nama sekolah....