Kemeriahan Acara Temasya Sukan Mini SKPB 2012

Antara acara yang dipertandingkan didalam Temasya Sukan Mini SKPB 2012 ialah
 100m dan 200m lelaki dan perempuan
 Aiskrim gergasi tahun 1
Luncur diatas guni tahun 5
Membawa 2 biji bola tahun 1
Susun tin pantas
Isi air kedalam botol
Golek tayar berganti-ganti dan
banyak lagi.... Memang best le

TEMASYA SUKAN MINI SKPB 2012

Seluruh warga SK Parit baharu hari ini bermeriah dan bersukan sempena Temasya Sukan Mini SKPB 2012 yang dijalankan pada Khamis 28 Jun 2012. 
Walaupun dijalankan secara sederhana tetapi kemeriahan tetap terasa. Temasya dimulakan dengan perarakan mengiringi YDP PIBG dan perbarisan lintas hormat. 
Kemeriahan dirasai apabila perbarisan lintas masuk dimulakan dan ia melibatkan kumpulan bunga.
Majlis Perasmian telah dilaksanakan oleh En Che Shamsurriza B. Che Noh YDP PIBG sekolah ini dan sebanyak 30 acara sukan telah dijalankan. Tema temasya kali ini ialah FLORA. Konsepnya ialah semua murid dapat hadiah...

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah

Tahniah kepada 2 pasukan SKPB yang telah memenangi kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran Politeknik Sultan Idris sempena pesta konvokesyen pada 25 April 2012.
Pasukan The Warrior Kids telah memenangi tempat ke2 dengan menerima wang tunai RM200
Pasukan SKPB Dragon memenangi tempat ke3 dengan mendapat hadiah RM100 sijil dan hamper. Tahniah kepada semua murid-murid dan teruskan usaha dilain kejohanan. Tahniah juga kepada Jurulatih Bola Sepak SK Parit Baharu Cikgu Muhammad Zailani Somingan dan Pengurus pasukan Ustaz Rohzali Paduli.
BLOG INI SEDANG DALAM PROSES MENAIK TARAFAN. IA AKAN MEMULAKAN SEMULA PENGAKTIFAN DALAM TEMPOH MASA TERDEKAT. HARAP MAAF...