Minggu Pusat Sumber 2014

Hari ini merupakan penutup dan penyampaian Minggu Pusat Sumber 2014. Sepanjang minggu lepas pelbagai acara dipertandingkan. Antaranya spelling, scrable, bijak sifir, mewarna puzzle, labeling, writing story dan lain-lain
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh GPK-GPK kepada semua pemenang.
Pertandingan sudut papan kenyataan terbaik antara kelas paling menjadi tumpuan. Pemenangnya ialah Tahap 2 Johan 2Bestari naib johan 1Cemerlang dan ketiga 3Cemerlang. Tahap 2 Johan 4Bestari Naib Johan 6Cemerlang ketiga 5CemerlangTahniah diucapkan kepada para pemenang

Sambutan Har Guru 2014

SK Parit Baharu telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2014 peringkat Sekolah pada hari Jumaat 16 Mei 2014. Pada tahun ini sambutan diadakan secara ala kadar dan budget yang sederhana sahaja.
Dimulakan dengan perhimpunan pagi, Nyanyian lagu Keramat GURU MALAYSIA, Ikrar guru dan ucapan. Pihak sekolah amat berbesar hati menerima sumbangan Kek daripada ADUN Sg Air Tawar
Walaupun sambutan sederhana, tetapi ia cukup meriah dan bermakna kepada semua warga sekolah. Terima Kasih juga kepada Puteri UMNO Sg Tengar diatas sumbangan pulut kuning ingatan ikhlas sempena hari guru.
Majlis kemuncak ialah istiadat Memotong kek Hari Guru yang disempurnakan oleh Guru Besar dan GPK
Sambutan tahun ini juga mengiktiraf guru-guru dengan memberikan anugerah kepada guru hasil undian murid-murid. Antara anugerah yang diberikan ialah:
1. Anugerah Guru Paling Cantik
2. Anugerah Guru Paling Kacak
3. Anugerah Guru Penyayang
4. Anugerah Guru Perihatin
5. Anugerah Guru Terbaik 2014 lelaki 
6. Anugerah Guru Terbaik 2014 Perempuan