Pemantauan Nazir

Hari ini SK Parit Baharu telah dilawati oleh 3 orang jemaah nazir untuk Pemantauan 'New Deal' 
Pn Norlina Mohd Ali dan En Aribain Kordi juga berkesempatan dipantau untuk pdp. Semoga kecemerlangan sekolah kita akan berterusan.
Tidak ketinggalan juga PdP Guru Besar Cikgu Baharuddin Ibrahim juga dipantau. Semoga rezeki milik kita semua. Good Luck SKPB

Pelancaran Program Kecemerlangan UPSR 2015

Hari ini SK Parit Baharu telah melancarkan Program Kecemerlangan UPSR untuk tahun 2015. Ibu bapa dan penjaga berkesempatan berjumpa dan berbincang untuk mencari jalan untuk mewujudkan kecemerlangan bersama guru-guru. Antara program yang akan dijalankan ialah Kelas Tambahan Intensif, Seminar Menghadapai UPSR, Teknik menjawab UPSR, Kem UPSR, Bacaan Surah Yassin dan Solat Hajat
Harapan tinggi kepada semua pelajar utk mencapai kecemerlangan bagi tahun ini.
Insya Allah SK Parit Baharu bertekat untuk mengekalkan kecemerlangan bagi 2015.

Lawatan dan Bimbingan Pegawai SISC+

Hari ini SK Parit Baharu mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai SISC+ PPD Sabak Bernam untuk membimbing dan perbincangan peningkatan Pengajaran pembelajaran.
Pegawai SISC+ Matematik ialah Pn Rosnani Bt Said Fikri
Turut bersama ialah pegawai SISC+ Bahasa Inggeris Pn Milate
Semoga bimbingan dan lawatan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini lebih cemerlang. 

Selamat Belajar Kembali di Sessi Baru 2015

Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari pertama utk sessi pembelajaran bagi tahun 2015. Semoga terus bersemangat untuk belajar dgn bersungguh-sungguh.
Pada tahun ini sessi persekolahan telah ditangguhkan lewat seminggu kerana kejadian musibah banjir besar di Pantai Timur. 
Tahun 2015 ini diharap SK Parit Baharu terus menggekalkan kecemerlangan didlm akademik dan ko kurikulum.