Hari Orentasi dan Transisi Tahun 1 2014

 Assalamualaikum kepada semua yang setia dengan blog ini. Hari ini semua guru & ibu bapa murid tahun 1 sessi 2014 telah mendaftar diri
Paling sibuk ibu bapa dengan karenah anak2 kecil nya. Macam2 gaya nya...

Semua murid ini telah menjalani ujian saringan 1

Waktu untuk makan2, di kelas sahaja sebab kantin tak bukak

Para ibu bapa pula berada di Dewan sekolah untuk taklimat tentang disiplin, PBS, aktiviti sekolah dan lain2.

Tahniah kepada semua murid tahun 1 dan selamat menjadi warga SK Parit Baharu

Mesyuarat Guru 2014 dan LADAP KSSR

Perancangan untuk PdP tahun 2014 telah dibuat Seawal November 2013. Satu mesyuarat guru telah diadakan di bilik mesyuarat SK Parit Baharu pada 23/12/2013

Pada 24/12/2013 pula satu kursus LADAP KSSR tahun 4 telah diadakan di Dewan Zhulian Sg Besar. Semua guru telah hadir 

Penceramah adalah darikalangan guru2 yg telah menghadiri kursus di peringkat daerah

 Semoga tahun 2014 lebih baik dari tahun lepas


BICARA BERIRAMA


Ini adalah antara aksi murid-murid SK Parit Baharu semasa latihan akhir sebelum Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah sabak Bernam 2013

.:SKPB mengekalkan prestasi:.

Pada 3 hingga 5 April 2013 yang lepas pasukan bola Sepak SK Parit Baharu dibawah latihan Cikgu Zailani telah menyertai Kejohanan MSSD Sabak Bernam di SK Sg Leman, Sekinchan.

The Warrior Kids telah berlatih sejak 3 bulan untuk menghadapi kejohanan pada kali ini. Tahun ini merupakan tahun ke2 CIKGU ZAILANI mengambil alih sebagai jurulatih pasukan SK Parit Baharu selepas mendapat Kursus Kejurulatihan pada tahun 2011. Pada tahun ini sebanyak 24 pasukan telah bertanding yang dibahagikan kepada 7 pasukan. 2 Pasukan bagi setiap kumpulan layak keperingkat ke2 kalah mati.
Pada peringkat kumpulan C The Warrior Kids menjadi johan kumpulan dengan menewaskan SK Seri Utama tetapi kecundang kepada SK Sepintas
Pada Pusingan ke 2 SK Parit Baharu The Warrior Kids menang 5:3 menewaskan SK Binjai Jaya untuk layak ke Suku Akhir. Pada peringkat Suku Akhir menewaskan SK Sekinchan dengan 3:0
Diperingkat Separuh Akhir bertemu SK Sg Nibung, pasukan Team SKPB Warrior Kids terpaksa mengalah kepada 1:4 Kekalahan ini menyebabkan perjuangan untuk ke FINAL berkubur dan diistiharkan memenangi tempat ke 3 bersama SK Sapintas yg juga gagal diperingkat separuh akhir.
Majlis penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai JPN sukan prestasi tinggi. En Mokhtar Mahmud dan Pasukan SKPB Warrior Kids telah diistiharkan pemenang tempat ke3. Johan pada kali ini ialah SK Sg Leman dengan menewaskan SK Sg Nibong 6:0 di Final

..:Kenangan Terakhir di SKPB:..

Salam....
Ini gambar kenangan hari-hari terakhir Tn Hj Shafii Bakri di SK Parit Baharu. Selepas ini beliau akan bergelar YB... Yang Bersara le...

Video ini pun istimewa untuk beliau

Gambar-gambar lain di bawah ni...








Kepada Tn Hj Shafii semoga terus ceria dan gembira.

Selamat Bersara Kepada CIKGU SHAFII

Assalamualaikum...
Hari ini sekolah ini kehilangan seorang lagi guru. Beliau telah bersara pada 12 Mac 2013. Hari ini merupakan Sambutan Hari Persaraan beliau.
mari kita lihat sedikit sedutan Video klip yg direka khas untuk beliau.

Selamat Bersara kepada cikgu Shafii Bakri

..:Warrior Kids Bermula Dengan Langkah Kanan:..

Perlawanan persahabatan berlangsung di Padang SK Parit Baharu pada 27 Februari 2013
bermula jam 4.30 petang.

Pasukan SK Parit Baharu

Pasukan SK Seri Mawar

Regangan: SK Seri Mawar

Taklimat Jurulatih SK Parit Baharu: Cikgu Muhammad Zailani Somingan

Turut hadir, Guru Besar SK Seri Mawar:Tuan Haji Kamarozaki Abdul Malik

 Sebahagian besar penyokong SK Parit Baharu






SK Parit Baharu mendahului 3-0 di separuh masa pertama.Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada SK Parit Baharu dengan skor 5-1.Ini suatu pemulaan yang baik sebelum menjelangnya perlawanan sebenar di peringkat MSSD Sabak Bernam.Tuan rumah kali ini ialah SK Sungai Leman,Sekinchan.



Sambutan Maulidur Rasul 2013

Saban tahun sekolah ini mengadakan majlis seperti ini.Kali ini berlangsung secara sederhana pada 25 januari 2013 dengan perarakan ringkas ke Masjid Maarufiah sambil berselawat dan mendengar ceramah dari Ustaz Mohd Zan dari Politeknik Sultan Idris ,Sabak Bernam.


Kain rentang edisi tahun ini

Kemas berpakaian kebangsaan

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKPB 2013

Kejohanan Merentas Desa berlangsung pada 23 Januari 2013 jam 3.30 petang.Sebenarnya dalam perancangan, kejohanan ini sepatutnya dijalankan pada 26 Januari 2013. Apapun kejohanan ini tetap meriah dan diadakan dengan jayanya

Sebelum berlari, murid-murid melakukan regangan

Regangan dipimpin oleh tiga orang murid lelaki ini


Guru bersiap ke point check