Temasya Sukan SKPB 2011

Tarikh : 18 JUN 2011
Hari : Sabtu
Tempat : Padang SK Parit Baharu

Antara VIP yang hadir memeriahkan Temasya kali ini

Acara lari berganti-ganti antara yang mendapat perhatian penonton

Pembantu Pelepas ialah Pn Hjh Hasnah Bt Mashud

Ketua Pelepas pula Tn Hj Sulaiman Sukar. Sangat Komited dan bersungguh2

Acara ibu-ibu iaitu untai manik... Hati-hati ye

Acara sukaneka Golek Tayar

4 X 200m Akhir yang amat menarik dan mendebarkan

Penerangan oleh Cikgu Mohd Zailani Somingan. Sebelum dimulakan acara

Ternyata kemeriahan Temasya Sukan SKPB 2011 kali ini amat terasa hasil daripada usaha semua guru2, kakitangan, ibu bapa dan semua murid-murid SK Parit baharu. Terima kasih kepada semua ye....
TAHNIAH semua...

Sehari Sebelum Temasya Sukan

Para ibu bapa sibuk membuat dan menyiapkan rumah sukan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung. Mari kita saksikan gambar2 dibawah ini.




Memang Ibu bapa murid SK Parit Baharu amat best dan sporting.

Persiapan Temasya Sukan SKPB

Sekolah Kebangsaan Parit Baharu akan mengadakan Temasya Sukan SKPB 2011 seperti ketetapan dibawah ini. Oleh itu segala persiapan telah diambil dan dimulakan. Semoga kemeriahan Temasya Sukan kali ini akan lebih terasa.
Tarikh : 18 Jun 2011
Hari : Sabtu 8 pagi hingga 5.30 ptg
Tempat: Padang SK Parit baharu

Ini adalah antara persiapan awal. Mesyuarat bersama Ibu Bapa penjaga rumah. Di Sekolah ini lebih kepada sukan dan permuafakatan. Oleh itu ibu bapa terlibat secara langsung dan wajar dilibatkan bersama-sama
Mesyuarat rumah sukan ibu bapa ini diadakan bertujuan membincangkan tentang hiasan rumah sukan, perbarisan dan penyertaan acara ibu bapa.
Dalam pula sibuk buat latihan datang pulak Van MILO. kita minum dulu he....
Ini adalah kerja teknik dan padang. Mesti mula dulu baru acara dan latihan sukan boleh diadakan. Maka Guru-guru SK Parit Baharu pun menyiapkan garisan dan padang.
Hasilnya maka persiapan rapi dan kerja keras semua guru SK Parit baharu menyediakan padang, garisan balapan dan melatih sukan maka diharapkan Temasya Sukan SKPB 2011 akan berlangsung dengan lancar