Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2015

Hari Sabtu 10.10.2015 telah diadakan satu aktiviti serentak diseluruh Malaysia iaitu hari sukan negara 2015. 
Perasmian telah dilakukan oleh En Ahmad Halimi B. Main YDP PIBG SK Parit Baharu
Acara dimulakan dengan senamrobik dan berjalan ria.
Selepas itu diadakan pertandingan antara rumah sukan yang mempertandingkan sukan bola sepak, bola baling, bola tampar dan batu seremban
Dikesempatan ini juga terdapat acara perlawanan persahabatan antara guru-guru dengan murid.
Tahniah diatas kesediaan semua warga SK Parit Baharu kerana telah menjayakan hari sukan negara 2015 dengan jayanya
Semoga kita akan terus kekal sihat dan cemerlang di dalam bidang sukan.

Minggu Pusat Sumber 2015

Anugerah murid paling banyak membaca 2015 telah dimenangi oleh Mohd Alif Adam B. Osman tahun 4B
Anugerah ruang bacaan terbaik di dalam bilik kelas terbaik 2015 dimenangi oleh kelas 2B dibawah bimbingan Cikgu Norhuda Bt Abd Rahman. 
Disamping itu juga terdapat lagi banyak acara telah dipertandingkan sempena minggu pusat sumber ini antaranya tulisan cantik, melukis, mewarna, dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan yang kurang bernasib baik usaha lagi ditahun hadapan