Cikgu.... Doakan kami cemerlang dalam UPSR

Setelah bertungkus-lumus maka hari pertempuran semakin hampir, saat hari peperiksaan tinggal sehari lagi. Semua pelajar tahun 6 hari ini memohon restu, halalkan ilmu dan doa agar dipermudahkan utk menjawap soalan UPSR.
Cikgu.... Halalkan ilmu yg telah diajar ye
Semoga semua sukses ya anak-anak
Maafkan segala kesilapan dan nakal saya ye cikgu
Saya sedih cikgu.....
Semoga anak-anak yg akan menghadapi UPSR pada 9/9/2014 ini berjaya dengan cemerlang dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah.


Selamat Bersara kepada Pn Hjh Baidah Sabran dan Pn Zakiah Razikin

Tanggal 2 Oktober adalah hari yang penuh kehilangan kepada semua warga SK Parit Baharu kerana 2 orang kakitangannya telah menamatkan perkhidmatan di dalam dunia pendidikan. Beliau ialah guru prasekolah iaitu Pn Hjh Baidah Bt Sabran dan PPM Pn Zakiah Bt Razikin

Semoga mereka berdua akan lebih ceria dan bahagia disamping anak-anak dan cucu selepas ini.
Mari kita saksikan Video sepanjang majlis tersebut. 

Kami warga SK Parit Baharu sentiasa mengingati jasa kalian berdua. I Love U

Penutup dan Penyampaian Hadiah Bulan Kemerdekaan 2014

Sempena bulan kemerdekaan 2014 ini, berbagai program telah dijalankan seperti pertandingan kolaj, mewarna, laungan merdeka, nyanyian koir & deklamasi puisi.
Hari ini merupakan acara penyampaian hadiah dan penutup. 
Tahniah kepada pemenang dan semoga tema hari kemerdekaan iaitu "disini lahirnya sebuah cinta" berjaya menyerap didalam jiwa semua murid SK Parit Baharu. 

Sambutan Aidil Fitri 2014

Sambutan Aidil Fitri peringkat SK Parit baharu telah disambut meriah pada hari Isnin11 Ogos 2014. Mari kita saksikan gambar kenangan di majlis tersebut.
3 cemerlang
2 Bestari
2 Cemerlang
1 Bestari
Pra Sekolah
1 Cemerlang
Cikgu-cikgu perempuan yang sempoi
Semua guru SK Parit Baharu
5 Bestari
6 Bestari
3 Bestari
5 Cemerlang
6 Cemerlang
4 Cemerlang

Begini lah penuh warna warni mereka bergambar kenangan dengan semua guru-guru dan murid. Ia hanya ada di SK Parit baharu. Siapa yang pernah berada disini pasti akan merindui saat-saat seperti ini setiap tahun. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin daripada kami semua warga guru, kakitangan dan murid-murid SK Parit Baharu.

Majlis Khatam Al Quran & Penyampaian Sumbangan Anak Yatim

Hari ini merupakan Ramadhan ke 20 dan SK Parit Baharu telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran sebagai satu program Ihya Ramadhan bagi tahun 2014
Murid tahun 5 & 6 terlibat didalam Khatam Al Quran tersebut dan seramai 17 murid telah menerima sumbangan sempena Aidil Fitri yang bakal menjelma.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Parit Baharu Encik Baharuddin Ibrahim

Sessi Fotografi Pra Aidil Fitri 2014

Hari ini adalah Ramadhan ke 12, dan semua guru berkesempatan untuk bergambar sempena Aidil Fitri yg bakal menjelma tidak lama lagi. Jadi guru-guru lelaki berbaju Melayu bersampin dan guru-guru perempuan baju berkurung cantik.
 Ini adalah barisan guru-guru di SK Parit Baharu bagi sessi 2014. Terbaru....
 Aksi spontan yang santai. FREE STyle.
 Guru perempuan penyeri di SK Parit Baharu ini.
Barisan guru lelaki yg sempoi. 

Bacaan Surah Yasin Sempena Menyambut Ramadhan

Seluruh warga SK Parit Baharu hari ini berkesempatan melapangkan masa bersama-sama untuk membaca Surah Yasin dan mendengar ceramah menjelang Ramadhan
Petang ini pula kita sama-sama menunggu pengistiharan oleh penyimpan  mohor besar raja-raja bagi permulaan puasa. Selamat datang Ramadhan

Minggu Pusat Sumber 2014

Hari ini merupakan penutup dan penyampaian Minggu Pusat Sumber 2014. Sepanjang minggu lepas pelbagai acara dipertandingkan. Antaranya spelling, scrable, bijak sifir, mewarna puzzle, labeling, writing story dan lain-lain
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh GPK-GPK kepada semua pemenang.
Pertandingan sudut papan kenyataan terbaik antara kelas paling menjadi tumpuan. Pemenangnya ialah Tahap 2 Johan 2Bestari naib johan 1Cemerlang dan ketiga 3Cemerlang. Tahap 2 Johan 4Bestari Naib Johan 6Cemerlang ketiga 5CemerlangTahniah diucapkan kepada para pemenang

Sambutan Har Guru 2014

SK Parit Baharu telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2014 peringkat Sekolah pada hari Jumaat 16 Mei 2014. Pada tahun ini sambutan diadakan secara ala kadar dan budget yang sederhana sahaja.
Dimulakan dengan perhimpunan pagi, Nyanyian lagu Keramat GURU MALAYSIA, Ikrar guru dan ucapan. Pihak sekolah amat berbesar hati menerima sumbangan Kek daripada ADUN Sg Air Tawar
Walaupun sambutan sederhana, tetapi ia cukup meriah dan bermakna kepada semua warga sekolah. Terima Kasih juga kepada Puteri UMNO Sg Tengar diatas sumbangan pulut kuning ingatan ikhlas sempena hari guru.
Majlis kemuncak ialah istiadat Memotong kek Hari Guru yang disempurnakan oleh Guru Besar dan GPK
Sambutan tahun ini juga mengiktiraf guru-guru dengan memberikan anugerah kepada guru hasil undian murid-murid. Antara anugerah yang diberikan ialah:
1. Anugerah Guru Paling Cantik
2. Anugerah Guru Paling Kacak
3. Anugerah Guru Penyayang
4. Anugerah Guru Perihatin
5. Anugerah Guru Terbaik 2014 lelaki 
6. Anugerah Guru Terbaik 2014 Perempuan

Tahniah diatas kejayaan

Firzana Fakhrul Arifin telah mengharumkan SK Parit Baharu kerana telah menjadi Johan Ping Pong Antara Regu bukan Cina MSS Selangor 2014. 
Tahniah juga kepada Syaima Bt Rosdin kerana mendapat tempat ke3 pertandingan bercerita dlm Pertandingan tilawah Zon Sg Air Tawar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan yg kurang berjaya diharap meningkat  usaha untuk persediaan tahun hadapan.

Mesyuarat Agung PIBG kali 36

Syukur alhamdulillah pada hari ini, SK Parit Baharu telah mengadakan mesyuarat Agung PIBG kali ke 36
Kerjasama yg erat antara ibu bapa, Guru dan murid2 telah memainkan peranan yg sepatutnya utk memajukan sekolah.
Mesyuarat Agung PIBG ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Kamarol Zaki B. Abd Malik. ADUN Sg Air Tawar

Kami Jadi Tuan Rumah

J
Hari ini sekolah kita telah menjadi tuan rumah kejohanan Kriket MSSD Sabak Bernam bagi tahun 2014
Ini adalah pasukan kita dengan harapan JUARA dalam kejohanan kali ini
Pasukan SK Parit 9 juga antara pasukan yang disegani dan jurulatih nya Cikgu Shahrizal
Ini adalah pasukan SK Seri Bahagia yg dilatih oleh Cikgu Zul Hadi



Johan Catur MSSD Sabak Bernam 2014


Pada 27-28 Januari yg lalu, pasu kan Catur SK Parit Baharu telah mengharumkan sekolah dengan menjadi Johan Individu pada kejohanan MSSD Sabak Bernam yg diadakan di SMK Munshi Abdullah. Nabil Najmi B. Ahmad juga terpilih mewakili Sabak Bernam ke peringkat Negeri
Pasukan lelaki telah mendapat tempat ke3 keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Semoga kejayaan akan diteruskan di peringkat yg lebih tinggi.
Tahniah diucapkan kepada mereka dan berharap agar dapat mengekalkan nya pada kejohanan pada tahun depan.