Majlis Penyampaian Hadiah 2012

Majlis ini telah diadakan pada 7 November 2012
Perasmian telah dilaksanakan oleh Tuan PPD Sabak Bernam

Tahniah kepada semua pemenang

Perkhemahan Perdana SKPB 2012

Semua murid tahun 4,5 dan 6 terlibat didalam perkhemahan yang diadakan pada 29 Oktober 2012 ini
banyak kemahiran yang menguji jati diri dan kemahiran murid telah dijalankan
Siap sedia mendengar arahan daripada KEM KOMANDAN
Halangan KOMANDO
Merentasi titian PARIT BARU
Merancang dan Membuat Binaan daripada LIDI
Pertandingan Memasak

Sambutan Aidil Fitri d"skpb

Sambutan Aidil Fitri peringkat SK Parit baharu telah diadakan pada Khamis 30 Ogos 2012 dalam kesempatan itu dapat juga semua murid-murid merakamkan kenangan di dalam foto ini
 6 Cemerlang... Santai tapi menarik
 6 Bestari... Calon-calon 5A UPSR 2012 ni
 Kelas Pra Sekolah
 Tahun 2 Bestari dan Cemerlang... 
 Tahun 1 yang menceriakan
 Tahun 6
 Tahun 5 Bestari dan Cemerlang



Dikesempatan ini kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Badge Sekolahku

Anda rasa bangga pernah bersekolah disini...
Anda rasa bangga pernah bertugas disini...
Anda rasa bangga pernah berada disini...

sila klik

SELAMAT HARI RAYA

Maaf Zahir Batin daripada semua guru-guru dan kakitangan SK Parit Baharu

Khatam Quran dan Sambutan Nuzul Quran

Tarikh : 10 Ogos 2012
Hari : Jumaat
 Majlis diketua oleh Ustaz Mohd Shohor B. Marjono
 Peserta terdiri daripada tahun 4, 5 dan 6
 Mengalunkan bacaan ayat suci Al Quran dengan merdu dan betul
 Pembimbing bacaan Tadarus Ustzah Qurratul Ainiyah
 selain itu Penyampaian sumbangan kepada anak yatim juga turut dijalankan
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. 

Kemeriahan Acara Temasya Sukan Mini SKPB 2012

Antara acara yang dipertandingkan didalam Temasya Sukan Mini SKPB 2012 ialah
 100m dan 200m lelaki dan perempuan
 Aiskrim gergasi tahun 1
Luncur diatas guni tahun 5
Membawa 2 biji bola tahun 1
Susun tin pantas
Isi air kedalam botol
Golek tayar berganti-ganti dan
banyak lagi.... Memang best le

TEMASYA SUKAN MINI SKPB 2012

Seluruh warga SK Parit baharu hari ini bermeriah dan bersukan sempena Temasya Sukan Mini SKPB 2012 yang dijalankan pada Khamis 28 Jun 2012. 
Walaupun dijalankan secara sederhana tetapi kemeriahan tetap terasa. Temasya dimulakan dengan perarakan mengiringi YDP PIBG dan perbarisan lintas hormat. 
Kemeriahan dirasai apabila perbarisan lintas masuk dimulakan dan ia melibatkan kumpulan bunga.
Majlis Perasmian telah dilaksanakan oleh En Che Shamsurriza B. Che Noh YDP PIBG sekolah ini dan sebanyak 30 acara sukan telah dijalankan. Tema temasya kali ini ialah FLORA. Konsepnya ialah semua murid dapat hadiah...

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah

Tahniah kepada 2 pasukan SKPB yang telah memenangi kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran Politeknik Sultan Idris sempena pesta konvokesyen pada 25 April 2012.
Pasukan The Warrior Kids telah memenangi tempat ke2 dengan menerima wang tunai RM200
Pasukan SKPB Dragon memenangi tempat ke3 dengan mendapat hadiah RM100 sijil dan hamper. Tahniah kepada semua murid-murid dan teruskan usaha dilain kejohanan. Tahniah juga kepada Jurulatih Bola Sepak SK Parit Baharu Cikgu Muhammad Zailani Somingan dan Pengurus pasukan Ustaz Rohzali Paduli.
BLOG INI SEDANG DALAM PROSES MENAIK TARAFAN. IA AKAN MEMULAKAN SEMULA PENGAKTIFAN DALAM TEMPOH MASA TERDEKAT. HARAP MAAF...