Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2015

Hari Sabtu 10.10.2015 telah diadakan satu aktiviti serentak diseluruh Malaysia iaitu hari sukan negara 2015. 
Perasmian telah dilakukan oleh En Ahmad Halimi B. Main YDP PIBG SK Parit Baharu
Acara dimulakan dengan senamrobik dan berjalan ria.
Selepas itu diadakan pertandingan antara rumah sukan yang mempertandingkan sukan bola sepak, bola baling, bola tampar dan batu seremban
Dikesempatan ini juga terdapat acara perlawanan persahabatan antara guru-guru dengan murid.
Tahniah diatas kesediaan semua warga SK Parit Baharu kerana telah menjayakan hari sukan negara 2015 dengan jayanya
Semoga kita akan terus kekal sihat dan cemerlang di dalam bidang sukan.

Minggu Pusat Sumber 2015

Anugerah murid paling banyak membaca 2015 telah dimenangi oleh Mohd Alif Adam B. Osman tahun 4B
Anugerah ruang bacaan terbaik di dalam bilik kelas terbaik 2015 dimenangi oleh kelas 2B dibawah bimbingan Cikgu Norhuda Bt Abd Rahman. 
Disamping itu juga terdapat lagi banyak acara telah dipertandingkan sempena minggu pusat sumber ini antaranya tulisan cantik, melukis, mewarna, dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan yang kurang bernasib baik usaha lagi ditahun hadapan

Majlis Khatam Al Quran

Sempena hari terakhir hari persekolahan dibulan Ramadan ini, satu majlis Khatam Al Quran telah diadakan. Penyampaian sumbangan kepada anak2 yatim juga telah diadakan dan dirasmikan oleh GPK 1, En Mohd Atori B. Hj Ikhsan

Pertandingan Keceriaan Penggal 1/2015

Hari ini telah diadakan penyampaian hadiah pertandingan keceriaan bagi penggal 1/2015. Pemenangnya ialah seperti berikut:
Tahap 1
Johan 2 Bestari
Naib Johan 1 Cemerlang
Tahap 2
Johan 5Cemerlang
Naib Johan 5 Bestari
Tahniah diucapkan kepada pemenang. Yang kurang berjaya usaha lagi dibulan hadapan. Tahniah

Temasya Sukan SKPB 2015

Sukan SKPB 2015 kali ini bertemakan "Enjoy and Fun" dan masih mengunakan pendekatan kerjasama bersama semua ibu bapa dan penjaga murid. Ternyata ia sangat berjaya.
 Temasya ini telah diadakan pada Sabtu 25 April 2015 di padang SK Parit Baharu

 Ini lah buktinya para ibu bapa dan penjaga sangat sporting membantu. Terima kasih semua







Ini adalah majlis perasmian pembukaan yang telah disempurnakan oleh En Ahmad Halimi B. Main iaitu YDP PIBG SK Parit Baharu

Pelancaran Nilam peringkat SK Parit Baharu

Hari ini satu Majlis Pelancaran Nilam peringkat SK Parit Baharu telah diadakan. 
Pelancaran telah disempurnakan oleh Cikgu Baharuddin Ibrahim Guru Besar SK Parit Baharu

Pelancaran Nilam peringkat SK Parit Baharu

Hari ini satu Majlis Pelancaran Nilam peringkat SK Parit Baharu telah diadakan. 
Pelancaran telah disempurnakan oleh Cikgu Baharuddin Ibrahim Guru Besar SK Parit Baharu

Ikrar & Penyampaian Watikah Pengawas 2015

Hari ini di Perhimpunan pagi Isnin telah diadakan istiadat penyampaian watikah dan ikrar kepada pengawas dan pengawas pusat sumber
Ketua pengawas ialah Mohd Irsyad B. Syamsul hadi
dan ketua pengawas pusat sumber ialah Udaimatun nur Bt Azmi
Semoga perlantikan ini akan dapat membantu melancarkan perjalanan disiplin di SK Parit Baharu
Tahniah diucapkan kepada semua guru, murid dan semua kakitangan. Diharap tahun 2015 lebih cemerlang

Sambutan Maulidur Rasul 2015

Di hari Jumaat yg berkat ini semua murid2, guru2 dan kakitangan SK Parit Baharu telah bersama2 menyambut Majlis Maulidur Rasul SAW.


Pemantauan Nazir

Hari ini SK Parit Baharu telah dilawati oleh 3 orang jemaah nazir untuk Pemantauan 'New Deal' 
Pn Norlina Mohd Ali dan En Aribain Kordi juga berkesempatan dipantau untuk pdp. Semoga kecemerlangan sekolah kita akan berterusan.
Tidak ketinggalan juga PdP Guru Besar Cikgu Baharuddin Ibrahim juga dipantau. Semoga rezeki milik kita semua. Good Luck SKPB

Pelancaran Program Kecemerlangan UPSR 2015

Hari ini SK Parit Baharu telah melancarkan Program Kecemerlangan UPSR untuk tahun 2015. Ibu bapa dan penjaga berkesempatan berjumpa dan berbincang untuk mencari jalan untuk mewujudkan kecemerlangan bersama guru-guru. Antara program yang akan dijalankan ialah Kelas Tambahan Intensif, Seminar Menghadapai UPSR, Teknik menjawab UPSR, Kem UPSR, Bacaan Surah Yassin dan Solat Hajat
Harapan tinggi kepada semua pelajar utk mencapai kecemerlangan bagi tahun ini.
Insya Allah SK Parit Baharu bertekat untuk mengekalkan kecemerlangan bagi 2015.

Lawatan dan Bimbingan Pegawai SISC+

Hari ini SK Parit Baharu mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai SISC+ PPD Sabak Bernam untuk membimbing dan perbincangan peningkatan Pengajaran pembelajaran.
Pegawai SISC+ Matematik ialah Pn Rosnani Bt Said Fikri
Turut bersama ialah pegawai SISC+ Bahasa Inggeris Pn Milate
Semoga bimbingan dan lawatan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini lebih cemerlang. 

Selamat Belajar Kembali di Sessi Baru 2015

Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari pertama utk sessi pembelajaran bagi tahun 2015. Semoga terus bersemangat untuk belajar dgn bersungguh-sungguh.
Pada tahun ini sessi persekolahan telah ditangguhkan lewat seminggu kerana kejadian musibah banjir besar di Pantai Timur. 
Tahun 2015 ini diharap SK Parit Baharu terus menggekalkan kecemerlangan didlm akademik dan ko kurikulum.