Sambutan Aidil Fitri 2010

Pada Hari Jumaat 17.9.2010 persekitaran Sekolah Kebangsaan Parit baharu berkumandang dengan lagu hari raya. Ini kerana satu Majlis Sambutan Aidil Fitri telah diadakan. Kemeriahan amat terasa kerana suasana hari raya masih hangat dirasakan..
Majlis yang pernuh keharmonian dan keakraban antara guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah ini telah diadakan bermula pada jam 10.30 iaitu waktu rehat hingga tamat waktu persekolahan.
Antara atur majlisnya ialah ucapan oleh Guru Besar, bacaan doa dan jamuan hari raya.
Hidangan utama ialah nasi impit, kuah lodeh, rendang serta kuih muih. Walaupun ringkas tetapi ia tetap meriah dan mesra. Semua murid juga memperlihatkan keceriaan yang tidak terhingga.

Walaubagaimanapun hanya murid pra sekolah sahaja yang berpakaian Hari raya sementara murid tahun 1 hingga 6 berpakaian sekolah seperti biasa. Guru-guru dan kakitangan pastinya berhias indah dengan pakaian hari raya yang berwarna-warni.
Walaupun berpakaian formal tetapi kemeriahan tetap terasa
Para pelajar SK Parit Baharu sedang merasai hidangan yang enak. Nasi impit, rendang dan sebagainya. Memang kenyang le.........
Majlis Sambutan Aidil Fitri peringkat SKPB ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari dan trdisi ini akan terus berkesinambungan setiap tahun. Terima kasih kepada semua yang hadir dan diucapkan SELAMAT HARI RAYA..