LADAP 1 Tahun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada hari ini SK Parit Baharu telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ) kali 1 bagi tahun 2013
Kami amat bertuah kerana penceramah jemputan ialah Tn Hj Azman B. Mashuri. Beliau ialah Penolong Pegawai PPD Sabak Bernam pengurusan sumber kemanusiaan. 
Kehadiran guru amat memberangsangkan dan penuh komitmen. Tahniah kepada semua guru-guru SK Parit Baharu dan semoga ia dapat dikekalkan sepanjang tahun ini.
Skop LADAP pada kali ini ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Mematuhi Masa Instruksional. Memang penting kepada kita sebagai pelaksana dasar pendidikan 
Semoga penambahan ilmu didalam LADAP kali ini dapat menjadikan guru-guru menjadi lebih profesyen didalam kerjaya pendidik. Tahniah dan selamat maju jaya.