TEMASYA SUKAN MINI SKPB 2012

Seluruh warga SK Parit baharu hari ini bermeriah dan bersukan sempena Temasya Sukan Mini SKPB 2012 yang dijalankan pada Khamis 28 Jun 2012. 
Walaupun dijalankan secara sederhana tetapi kemeriahan tetap terasa. Temasya dimulakan dengan perarakan mengiringi YDP PIBG dan perbarisan lintas hormat. 
Kemeriahan dirasai apabila perbarisan lintas masuk dimulakan dan ia melibatkan kumpulan bunga.
Majlis Perasmian telah dilaksanakan oleh En Che Shamsurriza B. Che Noh YDP PIBG sekolah ini dan sebanyak 30 acara sukan telah dijalankan. Tema temasya kali ini ialah FLORA. Konsepnya ialah semua murid dapat hadiah...