1 pingat perak di Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2009


Tahniah kepada Mohd Hafiz B. Daynuri kerana telah menyumbangkan sebutir pingat perak di dalam Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam yang telah diadakan pada 10 hingga 13. Mac 2009 di Kompleks Sukan MSN Sabak Bernam. Ia adalah menerusi acara 80m lompat pagar L4. SK Parit Baharu hanya menghantar kontigen kecil seramai 5 orang. Dalam acara 80m lompat pagar P4 Ulfatul Hanaei Mohd Sofiuddin dan Sofea Syahirah Badri Hisham telah berjaya memasuki acara final tetapi hanya mendapat tempat ke4 dan ke5 sahaja. Walau bagaimana pun ia sesuatu yang membanggakan kerana seramai 45 buah sekolah rendah di Sabak Bernam telah menyertai kejohanan kali ini.
Gambar diatas adalah menunjukkan latihan pusat yang telah dikelolakan oleh Cikgu Mohd Zailani Somingan sebelum kejohanan. Tilam pun tilam lama, dah koyak2.... agaknya bila pihak pentadbiran membelikan tilam baru pasti boleh menag pingat emas kan. He he heeee...
Cikgu Khalik telah menjadi pengurus pasukan pada kali ini. Tahniah semua