KERTAS KERJA SUKAN TAHUNAN

Pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang adalah terbentuk dari gabungan intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan itu, untuk tujuan pembentukan insan yang seimbang itu, maka Sekolah Kebangsaan Parit Baharu akan mengadakan satu Temasya Sukan untuk menjurus kepada pembentukan insan seimbang itu. Ia dilaksanakan secara permuafakatan ibu bapa untuk merapatkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Temasya Sukan ini dinamakan dengan Sukan SKPB 2009.

B.Matlamat

Untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara

C.Objektif

Sukan Mini 2008 antara-kelas-kelas SKPB ini diadakan dengan beberapa objektif antaranya:
1.Memenuhi keperluan murid untuk beriadah dan bersukan
2.Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba
3.Memupuk semangat berkerjasama dan berganding bahu dalam satu pasukan.
4.Mengilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan keperingkat lebih tinggi.
5.Memilih murid untuk mewakili sekolah ke Kejohanan MSSD Sabak Bernam 2009

D.Tema

Bersukan Untuk Perpaduan, Kesihatan, hubungan Sosial dan keceriaan diri.

E.Maklumat perlaksanaan

Sukan SKPB 2009 ini akan diadakan seperti ketetapan dibawah :

Acara padang
1. Tarikh : 16 dan 17 Februari 2009
2. Hari : Isnin dan selasa
3. Masa : 08.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
4. Acara : Acara padang

Kemuncak temasya
1. Tarikh : 21 Februari 2009
2. Hari : Sabtu
3. Masa : 07.30 pagi hingga 6.00 petang
4. Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Parit Baharu
5. Acara : acara murid & individu berkumpulan dan
acara ibu bapa & penjaga.

semua dijemput hadir tau...