Tahniah diatas kejayaan

Firzana Fakhrul Arifin telah mengharumkan SK Parit Baharu kerana telah menjadi Johan Ping Pong Antara Regu bukan Cina MSS Selangor 2014. 
Tahniah juga kepada Syaima Bt Rosdin kerana mendapat tempat ke3 pertandingan bercerita dlm Pertandingan tilawah Zon Sg Air Tawar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan yg kurang berjaya diharap meningkat  usaha untuk persediaan tahun hadapan.

Mesyuarat Agung PIBG kali 36

Syukur alhamdulillah pada hari ini, SK Parit Baharu telah mengadakan mesyuarat Agung PIBG kali ke 36
Kerjasama yg erat antara ibu bapa, Guru dan murid2 telah memainkan peranan yg sepatutnya utk memajukan sekolah.
Mesyuarat Agung PIBG ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Kamarol Zaki B. Abd Malik. ADUN Sg Air Tawar

Kami Jadi Tuan Rumah

J
Hari ini sekolah kita telah menjadi tuan rumah kejohanan Kriket MSSD Sabak Bernam bagi tahun 2014
Ini adalah pasukan kita dengan harapan JUARA dalam kejohanan kali ini
Pasukan SK Parit 9 juga antara pasukan yang disegani dan jurulatih nya Cikgu Shahrizal
Ini adalah pasukan SK Seri Bahagia yg dilatih oleh Cikgu Zul Hadi



Johan Catur MSSD Sabak Bernam 2014


Pada 27-28 Januari yg lalu, pasu kan Catur SK Parit Baharu telah mengharumkan sekolah dengan menjadi Johan Individu pada kejohanan MSSD Sabak Bernam yg diadakan di SMK Munshi Abdullah. Nabil Najmi B. Ahmad juga terpilih mewakili Sabak Bernam ke peringkat Negeri
Pasukan lelaki telah mendapat tempat ke3 keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Semoga kejayaan akan diteruskan di peringkat yg lebih tinggi.
Tahniah diucapkan kepada mereka dan berharap agar dapat mengekalkan nya pada kejohanan pada tahun depan.


Persekolahan Pertama 2014

Assalamualaikum... Selamat tahun baru kepada semua guru2, murid2 & semua pembaca setia blog ini. Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi 2014. Ternyata semua murid Ceria, gembira untuk menghadapi pembelajaran selepas bercuti panjang diakhir tahun 2013.
Dihari pertama ini dimulakan dengan perhimpunan pagi dan beberapa informasi telah diberikan oleh guru2. Semoga tahun 2014 ini Sekolah Kebangsaan Parit Baharu lebih cemerlang didalam akademik dan sukan. Selamat maju jaya.