Pemilihan Pemain Kriket Daerah Sabak Bernam 2010

Assalamualaikum...
Selasa 20 April 2010
Seramai 32 orang pemain kriket seluruh daerah sabak Bernam telah berkampung di sekolah ini untuk sessi pemilihan skuad Sabak Bernam bawah 12 tahun. Pemilihan ini diketuai oleh Cikgu Mohd Halim Shah Miswan sebagai Pengerusi Teknik dan Cikgu Saari Mohd saad sebagai Ketua Jurulatih

Daripada jumlah itu hanya akan memilih seramai 15 orang pemain yang akan terpilih mewakili Sabak Bernam ke Kejohanan MSS yang akan diadakan pada 26 hingga 31 April 2010 di Kuala langat, selangor.

Menurut Pengurus Kontijen Cikgu Mohd Hafizuddin Abd Aziz. Pemain-pemain yang terpilih akan menjalani latihan pusat di sekolah ini bermula pada 21 hingga 24 di Padang SK Parit baharu untuk mendalami dan mempelajari kemahiran-kemahiran tambahan.

Doa Selamat Bangunan Baru

Assalamualaikum.. Kepada semua pembaca blog ini semoga sihat. Sekolah ini telah menerima bangunan baru dan telah mula digunakan pada awal persekolahan 2010. Tetapi pada 12 Februari yg lalu satu Majlis Doa Selamat dan bacaan Surah Yassin telah diadakan.
Hari ini hari yg bersejarah buat warga SK Parit Baharu kerana satu majlis kenduri kesyukuran telah diadakan. Kehadiran oleh AJK PIBG dan murid2 je...




Semoga bangunan baru ini akan menjadi tempat yg paling berfaedah untuk menuntut ilmu buat anak2 di sekolah ini. Terima kasih dan jumpa lagi ye.......

PLAN SeKolaH...

Bagaimana anda nak sampai ke SK Parit Baharu ni?
Tak ada le dipedalaman sangat.
Dan ia masih dihubungkan
jalan raya...
Nak buat carian kan google map
search le kat bawah ni......

View Larger Map

OK selamat datang...

Pengawas SK Parit Baharu 2010

Pagi ini berkesempatan mengambil gambar Pengawas dan Guru-guru disiplin SK Parit baharu. Semoga mereka akan menjalankan tugas dengan sempurna dan penuh disiplin. Sesungguhnya disiplin amat memainkan peranan utama untuk membentuk pelajar yang cemerlang sama ada dibidang akademik atau ko kurikulum.