Setelah bertungkus-lumus maka hari pertempuran semakin hampir, saat hari peperiksaan tinggal sehari lagi. Semua pelajar tahun 6 hari ini memohon restu, halalkan ilmu dan doa agar dipermudahkan utk menjawap soalan UPSR.
Selamat Bersara kepada Pn Hjh Baidah Sabran dan Pn Zakiah Razikin
Tanggal 2 Oktober adalah hari yang penuh kehilangan kepada semua warga SK Parit Baharu kerana 2 orang kakitangannya telah menamatkan perkhidmatan di dalam dunia pendidikan. Beliau ialah guru prasekolah iaitu Pn Hjh Baidah Bt Sabran dan PPM Pn Zakiah Bt Razikin
Kami warga SK Parit Baharu sentiasa mengingati jasa kalian berdua. I Love U
Semoga mereka berdua akan lebih ceria dan bahagia disamping anak-anak dan cucu selepas ini.
Mari kita saksikan Video sepanjang majlis tersebut.
Penutup dan Penyampaian Hadiah Bulan Kemerdekaan 2014
Sempena bulan kemerdekaan 2014 ini, berbagai program telah dijalankan seperti pertandingan kolaj, mewarna, laungan merdeka, nyanyian koir & deklamasi puisi.
Sambutan Aidil Fitri 2014
Sambutan Aidil Fitri peringkat SK Parit baharu telah disambut meriah pada hari Isnin11 Ogos 2014. Mari kita saksikan gambar kenangan di majlis tersebut.
3 cemerlang
2 Bestari
2 Cemerlang
1 Bestari
Pra Sekolah
1 Cemerlang
Cikgu-cikgu perempuan yang sempoi
Semua guru SK Parit Baharu
5 Bestari
6 Bestari
3 Bestari
6 Cemerlang
4 Cemerlang
Begini lah penuh warna warni mereka bergambar kenangan dengan semua guru-guru dan murid. Ia hanya ada di SK Parit baharu. Siapa yang pernah berada disini pasti akan merindui saat-saat seperti ini setiap tahun. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin daripada kami semua warga guru, kakitangan dan murid-murid SK Parit Baharu.
Majlis Khatam Al Quran & Penyampaian Sumbangan Anak Yatim
Hari ini merupakan Ramadhan ke 20 dan SK Parit Baharu telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran sebagai satu program Ihya Ramadhan bagi tahun 2014
Murid tahun 5 & 6 terlibat didalam Khatam Al Quran tersebut dan seramai 17 murid telah menerima sumbangan sempena Aidil Fitri yang bakal menjelma.Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Parit Baharu Encik Baharuddin Ibrahim
Subscribe to:
Posts (Atom)






















