Johan Catur MSSD Sabak Bernam 2014


Pada 27-28 Januari yg lalu, pasu kan Catur SK Parit Baharu telah mengharumkan sekolah dengan menjadi Johan Individu pada kejohanan MSSD Sabak Bernam yg diadakan di SMK Munshi Abdullah. Nabil Najmi B. Ahmad juga terpilih mewakili Sabak Bernam ke peringkat Negeri
Pasukan lelaki telah mendapat tempat ke3 keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Semoga kejayaan akan diteruskan di peringkat yg lebih tinggi.
Tahniah diucapkan kepada mereka dan berharap agar dapat mengekalkan nya pada kejohanan pada tahun depan.


Persekolahan Pertama 2014

Assalamualaikum... Selamat tahun baru kepada semua guru2, murid2 & semua pembaca setia blog ini. Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi 2014. Ternyata semua murid Ceria, gembira untuk menghadapi pembelajaran selepas bercuti panjang diakhir tahun 2013.
Dihari pertama ini dimulakan dengan perhimpunan pagi dan beberapa informasi telah diberikan oleh guru2. Semoga tahun 2014 ini Sekolah Kebangsaan Parit Baharu lebih cemerlang didalam akademik dan sukan. Selamat maju jaya.

Hari Orentasi dan Transisi Tahun 1 2014

 Assalamualaikum kepada semua yang setia dengan blog ini. Hari ini semua guru & ibu bapa murid tahun 1 sessi 2014 telah mendaftar diri
Paling sibuk ibu bapa dengan karenah anak2 kecil nya. Macam2 gaya nya...

Semua murid ini telah menjalani ujian saringan 1

Waktu untuk makan2, di kelas sahaja sebab kantin tak bukak

Para ibu bapa pula berada di Dewan sekolah untuk taklimat tentang disiplin, PBS, aktiviti sekolah dan lain2.

Tahniah kepada semua murid tahun 1 dan selamat menjadi warga SK Parit Baharu

Mesyuarat Guru 2014 dan LADAP KSSR

Perancangan untuk PdP tahun 2014 telah dibuat Seawal November 2013. Satu mesyuarat guru telah diadakan di bilik mesyuarat SK Parit Baharu pada 23/12/2013

Pada 24/12/2013 pula satu kursus LADAP KSSR tahun 4 telah diadakan di Dewan Zhulian Sg Besar. Semua guru telah hadir 

Penceramah adalah darikalangan guru2 yg telah menghadiri kursus di peringkat daerah

 Semoga tahun 2014 lebih baik dari tahun lepas


BICARA BERIRAMA


Ini adalah antara aksi murid-murid SK Parit Baharu semasa latihan akhir sebelum Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah sabak Bernam 2013