Tahniah Kepada Pasukan Bola Sepak Sekolah

Pada 19 dan 20 Mei 2016 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam bawah 12 tahun. Sekolah kita telah menyertai kejohanan tersebut.
 Kejohanan telah diadakan di padang SK Seri Bahagia dan SK Tun Dr Ismail
 Antara keputusan yang telah diperolehi oleh pasukan kita ialah 
Peringkat Kumpulan C
SKPB vs SK Sungai Tengan 1:0
SKPB vs SK Seri Bahagia 1:0
SKPB vs SK Sekinchan 1:1
Suku Akhir
SKPB vs SK Sg Hj Dorani 2:0
Separuh Akhir
SKPB vs SK Bagan Terap 3:1
Akhir
SKPB vs SK Seri Utama 0:1
 SK Parit Baharu "the warrior kids" hanya mendapat Naib Johan setelah tewas diperlawanan akhir dengan 0:1 didalam perlawanan yang dikuasai oleh team the warrior kids. Mungkin rezeki kita ditahun hadapan.
3 orang pemain kita telah terpilih melawili daerah Sabak Bernam ke Kejohanan MSS Selangor
1. Mohd Hafizz Bin Halim
2. Mohd Shahril Bin Mohd Shohor
3. Mohd Aniq Irfan Bin Harman
Tahniah diucapkan diatas kejayaan ini.

Sambutan Hari Guru 2016

Sambutan hari guru kali ini telah diraikan secara sederhana pada hari isnin 16 Mei 2016. Meriah tetapi ringkas. Dimulakan dengan doa, ucapan, ikrar dan nyanyian lagu keramat "Kami Guru Malaysia"
 Tahun ini tema yang telah dipilih ialah "Jika saya bukan guru". Pelbagai idea dan ragam para guru-guru SK Parit baharu telah ditonjolkan. Terima kasih kerana semua sporting.





Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia

Johan Sahiba Peringkat Daerah Sabak Bernam

Pada 31 Mac 2016, sekolah kebangsaan parit baharu telah menyertai Pertandingan Sahiba peringkat Sabak Bernam bagi 2016. Kejayaan cemerlang telah menyebelahi kami dengan menjadi Johan daerah
Tempat pertama telah dimenangi oleh Haris Hakimi B. Ahmad
Tempat ke3 juga telah disandang oleh Mohd Iqbal B. Shamsul Hadi

Tahniah diucapkan kepada murid2 sekolah ini yg telah mengharumkan nama SK Parit Baharu. Tahniah

GURU-GURU SESSI 2016

Bunga-bunga penyeri di SK Parit Baharu untuk tahun 2016

Kami tak ramai, yang penting BERKERJASAMA

SK Parit Baharu telah menjadi denyut nadi kami, guru-guru