SEJARAH

 SEJARAH RINGKAS SEJARAH PENUBUHAN SKPB

    Sekolah ini dibangunkan pada tahun1931 dan ditambah pembinaannya pada tahun 1938. Sekolah ini digunakan untuk tempat belajar dan telah didaftarkan pada 05.03.1932 dengan nombor pendaftaran128 di atas tanah rizab kerajaan seluas 5 ekar. 

    Pada tahun 1950 sekolah ini terkenal dengan panggilan Sekolah Melayu Sungai Lang, Sabak Bernam. Terletak kira-kira 32 km daripada Pekan Sungai Besar. Pengasasnya adalah ketua kampung itu sendiri iaitu Abil Hassan bin Haji Abd. Rajak. 

    Oleh kerana selalu terjadi kekeliruan dan banyak berlaku salah faham di antara Sekolah Kebangsaan Sungai Lang, Kampung Sungai Lang, Sabak Bernam dan Sekolah  Sungai Lang, Kuala Langat maka satu keputusan telah diambil untuk menukar nama sekolah dengan nama Sekolah Kebangsaan Parit Baharu, Sungai Lang, Sabak Bernam.

    Penukaran nama berlaku semasa penduduk kampung sedang mengadakan gotong-royong untuk membina jalan dan parit baru untuk kegunaan penduduk kampung. Nama tersebut telah kekal sehinggalah sekarang.     

    Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, bangunan - bangunan sekolah baru dibina iaitu pada tahun 1957   ( Blok B ), 1975 ( Blok C ), 1989 ( Blok D ) dan sehingga kini.