Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2015

Hari Sabtu 10.10.2015 telah diadakan satu aktiviti serentak diseluruh Malaysia iaitu hari sukan negara 2015. 
Perasmian telah dilakukan oleh En Ahmad Halimi B. Main YDP PIBG SK Parit Baharu
Acara dimulakan dengan senamrobik dan berjalan ria.
Selepas itu diadakan pertandingan antara rumah sukan yang mempertandingkan sukan bola sepak, bola baling, bola tampar dan batu seremban
Dikesempatan ini juga terdapat acara perlawanan persahabatan antara guru-guru dengan murid.
Tahniah diatas kesediaan semua warga SK Parit Baharu kerana telah menjayakan hari sukan negara 2015 dengan jayanya
Semoga kita akan terus kekal sihat dan cemerlang di dalam bidang sukan.