Selamat Datang 2013

Hari ini Rabu 4 Januari 2013 adalah hari pertama persekolahan untuk sessi ini.
 Nampak ceria dan segak semua. Eya lah... semuanya baru. Saya sebagai admin web ini mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua guru-guru dan murid-murid. Semoga tahun 2013 ini lebih bermotivasi untuk menuntut ilmu.
 Bagi murid tahun 1, tentunya berdebar dan menyeronokkan untuk kali pertama di sekolah ini
 Oleh itu, maka tidak pelik kerana ada ibu bapa yang masih menunggu dibelakang kelas. Apa pun, kepada para ibu bapa janganlah risau tentang anak mereka. Insya Allah semua pasti OK disekolah ini.
 alamak!.. ada yang menagis le....
Dan hari ini jugalah bermula sessi pembelajaran kepada semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Ini kerana semua bersemangat untuk belajar semula selepas 2 bulan bercuti. Akhirnya selamat belajar di SK Parit Baharu kepada semua murid-murid. Terima kasih