Sambutan Aidil Fitri 2010

Pada Hari Jumaat 17.9.2010 persekitaran Sekolah Kebangsaan Parit baharu berkumandang dengan lagu hari raya. Ini kerana satu Majlis Sambutan Aidil Fitri telah diadakan. Kemeriahan amat terasa kerana suasana hari raya masih hangat dirasakan..
Majlis yang pernuh keharmonian dan keakraban antara guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah ini telah diadakan bermula pada jam 10.30 iaitu waktu rehat hingga tamat waktu persekolahan.
Antara atur majlisnya ialah ucapan oleh Guru Besar, bacaan doa dan jamuan hari raya.
Hidangan utama ialah nasi impit, kuah lodeh, rendang serta kuih muih. Walaupun ringkas tetapi ia tetap meriah dan mesra. Semua murid juga memperlihatkan keceriaan yang tidak terhingga.

Walaubagaimanapun hanya murid pra sekolah sahaja yang berpakaian Hari raya sementara murid tahun 1 hingga 6 berpakaian sekolah seperti biasa. Guru-guru dan kakitangan pastinya berhias indah dengan pakaian hari raya yang berwarna-warni.
Walaupun berpakaian formal tetapi kemeriahan tetap terasa
Para pelajar SK Parit Baharu sedang merasai hidangan yang enak. Nasi impit, rendang dan sebagainya. Memang kenyang le.........
Majlis Sambutan Aidil Fitri peringkat SKPB ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari dan trdisi ini akan terus berkesinambungan setiap tahun. Terima kasih kepada semua yang hadir dan diucapkan SELAMAT HARI RAYA..

Majlis Bacaan Yassin UPSR

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk Calon UPSR 2010 telah diadakan pada Khamis malam Jumaat 17.9.2010 bertempat di Dewan SKPB. Majlis ini adalah anjuran PIBG dan Sekolah Kebangsaan Parit Baharu
Para ibu bapa, guru-guru, murid tahun 6 dan kakitangan sekolah turut hadir memeriahkan majlis. Walaupun cuti Aidil Fitri belum tamat namun kehadiran amat memuaskan.
Bacaan Surah Yassin dan solat hajat ini diketuai oleh Imam Besar Masjid Makrufiah Parit Baru Ustaz Badron. Turut hadir juga pada malam itu ialah Dato Mat Yasir B. Ikhsan bekas ADUN Sg Air tawar dan Ahli Parlimen Sabak Bernam
Pada malam itu majlis diakhiri dengan jamuan nasi ambeng. Ia adalah hidangan tradisi orang jawa. Tentu ramai yang berpuas hati menikmati kelazatannya. Kepada Calon UPSR 2010 kini terserah kepada anda semua untuk memiliki keputusan yang cemerlang atau sebaliknya. Usaha telah dibuat dari pelbagai sudut dan cara. Selamat berjaya semua ye....
Tarikh UPSR ialah 21 SEPTEMBER 2010

Majlis Penutup Penghayatan Ramadhan 2010

Sempena Ramadhan Almubarak 2010 ini, Sekolah Kebangsaan Parit Baharu telah mengadakan Program Penghayatan Ramadhan. Bermacam pengisian diadakan antaranya Tadarul membaca alQuran, Kutipan derma anak Yatim dan Tazkirah Ramadhan. Dan akhirnya pada 3 September 2010 telah diadakan Majlis Penutup Penghayatan Ramadhan 2010
Program ini bermatlamat untuk memberikan pengetahuan kepada anak-anak kecil ini tentang teistimewaan dan kelebihan bulan Ramadhan yang perlu dimanfaatkan.
Kalangan anak-anak kecil yang khusuk mendengar alunan ayat-ayat suci alQuran didalam majlis Khatam Al Quran yang turut diadakan.

Pada majlis penutup ini juga telah disampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada beberapa anak Yatim hasil daripada kutipan derma daripada murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. Semoga usaha murni ini akan mendapat ganjaran daripada Allah...
Dikesempatan ini juga saya sebagai admin Web ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin kepada semua pembaca dan pengikut. Semoga aidil fitri kali ini lebih bermakna dan ceria.

Seminar Teknik Menjawab Soalan UPSR

Sekolah ini turut mengadakan seminar Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi tahun 2010 ini. 4 orang guru pakar telah dijemput untuk menjadi penceramah khas. Mereka ialah:
1.Cikgu Mohd Nazri B. Ismail ( Matematik )
2. Cikgu Hjh Radiah Bt Hasbolah ( B. Melayu )
3. Cikgu Mohd Fesal B. Md Top ( B. Inggeris )
4. Cikgu Hjh Lailiah Bt Husin ( Sains )


Semoga ilmu yg bermanfaat ini akan digunakan sebaiknya untuk menjawab soalan UPSR sebenar yang akan diadakan bermula pada 21 September 2010 nanti.
Ini adalah diantara gambar yang dapat dipamerkan sebagai tatapan kita bersama. Yang penting input berguna yang disampaikan oleh penceramah itu mampu diterjemahkan didalam peperiksaan sebenar. Sekian terima kasih........

Bacaan Yassin Sempena Nisfu Syaaban

Assalamualaikum.. Terima kasih kerana masih setia mengikuti perkembangan proses pembelajaran di Sekolah ini. Untuk membina insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berbagai program telah dijalankan. Yang terbaru ialah Program Bacaan Yasin Sempena Nisfu Syaaban yang telah diadakan pada 26 Julai 2010 yang lalu.
Mari kita saksikan gambar-gambar sempena program tersebut...

Perhimpunan awal di Dataran SKPB sebelum berarak bersama2 ke masjid
Pelajar lelaki dalam barisan....
Pelajar perempuan penuh berdisiplin
Mempraktikkan cara mengambil air sembahyang. Ini kolah Masjid Parit Baru....
Murid mendengar taklimat dan kelebihan membaca surah Yasin sempena nisfu Syaaban
Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Saari B. Mohd Saad
Sama-sama membaca surah Yasin secara berjamaah
Sumbangan kepada penyampai ceramah Ust Taufiq Amir
Selesai majlis dan kembali semula kesekolah
Orang kuat yang mengerakkan majlis ini
Semoga program yang baik ini akan memberikan impak yang positif di tahun 2010. Sama-samalah kita berdoa. Terima kasih semua......