--Perlawanan Persahabatan Guru lawan Murid--

Ini adalah gambar sebelum perlawanan persahabatan sempena minggu kecergasan kebangsaan peringkat sekolah. Guru-guru perempuan dan guru-guru lelaki membuat persiapan yang rapi dan akhirnya keputusan memang seperti dijangkakan. Mana boleh murid nak kalahkan guru. Lawan taukey tu namanya......
Perlawanan bole sepak juga menyebelahi kumpulan guru-guru dengan 6:2 dan ini menunjukkan para guru di SK Parit Baharu ni cukup cergas. Oh ye... kepada sesiapa yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan kami boleh le hantar surat.

Minggu kecergasan Kebangsaan peringkat Sekolah

Bulan Julai pada setiap tahun adalah bulan kecergasan kebangsaa. Sekolah ini juga tak lupa mengadakan acara yang menjadikan seluruh warga sekolah ini kekal sihat, cergas dan ceria. Sepanjang minggu ini banyak aktiviti yg dijalankan. Mari kita saksikan gambar2 kenagan sempena minggu kecergasan ini.....
Ini adalah demonstrasi menggosok gigi. Gosok jangan tak gosok.... He.. he.. Ia telah disampaikan dan diamalikan oleh Jururawat pergigian dari Klinik Kesihatan Parit Baru. Terima kasih ye cik missi.....

Ini pula adalah majlis pelancaran yang disempurnakan oleh En Baharuddin Ibrahim guru besar SK Parit baharu. Sebenarnya gulungan plastik itu telah dikeluarkan dari dalam ketulan ais beku. Hebat tau gimik pelancaran tu...
Ini yang paling best, Senamrobik... Semua guru, kakitangan dan murid terlibat. Memang pecah peluh dibuatnya. Tahniah kepada semua yang menjayakan acara ini. Semoga kesihatan dan kecergasan korang semua akan terus dikekalkan.. Bye jumpa lagi

..:Seminar UPSR 2009:.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB UPSR 2009.
6-10 JULAI 2009.
Hai... ini ada gambar2 sekitar seminar yg telah dijalankan untuk menyiapkan salon UPSR 2009 ini dengan serapi dan sesempurna mungkin. Kita berusaha kan. Semoga kejayaan cemerlang akan mereka perolehi.

Sambutan Hari Guru 2009


LCD Text Generator at TextSpace.net


Lagu GURU MALAYSIA telah berkumandang lagi di dewan SK Parit Baharun pada 18 Mei 2009 yang lalu sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan amat meriah dengan pelbagai aktiviti dan acara. Korang tengok sendiri le gambar kat bawah ni. Nak cerita pun payah..
Ini adalah kek sumbangan pengusaha kantin yang baik hati. Siap ada pulut kuning lagi... memang kenyang le cikgu-cikgu pada hari ini...

Murid-murid juga tidak ketinggalan dihiburkan oleh nyanyian para murid dan guru-guru. Kira boleh le....
Acara bertukar-tukar hadiah menjadi kemuncak sambutan. Kira macam syok sendiri le... Apa pun saya mengucapkan

SELAMAT HARI GURU

kepada semua guru-guru di SK Parit Baharu yang memang rajin, gigih dan hebat

kepada semua guru-guru di Malaysia teruskan usaha murni kita mendidik anak bangsa.

Kursus LADAP ke 2

Pada Khamis 30 April yang lalu satu Kursus Dalam Perkhidmatan Peringkat SK Parit Baharu telah diadakan. Semua guru telah hadir. Itu yg bestnya kat sekolah ni. Sporting cikgunya....

Pada Latihan dalam perkhidmatan kali ini Modul kursus telah disampaikan oleh Pn Nor Huda Bt Abd Rahman pakar didalam bidang ini. Kursus ini diadakan di PKG Sg Air tawar.