Selamat Belajar Kembali di Sessi Baru 2015

Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari pertama utk sessi pembelajaran bagi tahun 2015. Semoga terus bersemangat untuk belajar dgn bersungguh-sungguh.
Pada tahun ini sessi persekolahan telah ditangguhkan lewat seminggu kerana kejadian musibah banjir besar di Pantai Timur. 
Tahun 2015 ini diharap SK Parit Baharu terus menggekalkan kecemerlangan didlm akademik dan ko kurikulum. 

Cikgu.... Doakan kami cemerlang dalam UPSR

Setelah bertungkus-lumus maka hari pertempuran semakin hampir, saat hari peperiksaan tinggal sehari lagi. Semua pelajar tahun 6 hari ini memohon restu, halalkan ilmu dan doa agar dipermudahkan utk menjawap soalan UPSR.
Cikgu.... Halalkan ilmu yg telah diajar ye
Semoga semua sukses ya anak-anak
Maafkan segala kesilapan dan nakal saya ye cikgu
Saya sedih cikgu.....
Semoga anak-anak yg akan menghadapi UPSR pada 9/9/2014 ini berjaya dengan cemerlang dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah.


Selamat Bersara kepada Pn Hjh Baidah Sabran dan Pn Zakiah Razikin

Tanggal 2 Oktober adalah hari yang penuh kehilangan kepada semua warga SK Parit Baharu kerana 2 orang kakitangannya telah menamatkan perkhidmatan di dalam dunia pendidikan. Beliau ialah guru prasekolah iaitu Pn Hjh Baidah Bt Sabran dan PPM Pn Zakiah Bt Razikin

Semoga mereka berdua akan lebih ceria dan bahagia disamping anak-anak dan cucu selepas ini.
Mari kita saksikan Video sepanjang majlis tersebut. 

Kami warga SK Parit Baharu sentiasa mengingati jasa kalian berdua. I Love U

Penutup dan Penyampaian Hadiah Bulan Kemerdekaan 2014

Sempena bulan kemerdekaan 2014 ini, berbagai program telah dijalankan seperti pertandingan kolaj, mewarna, laungan merdeka, nyanyian koir & deklamasi puisi.
Hari ini merupakan acara penyampaian hadiah dan penutup. 
Tahniah kepada pemenang dan semoga tema hari kemerdekaan iaitu "disini lahirnya sebuah cinta" berjaya menyerap didalam jiwa semua murid SK Parit Baharu. 

Sambutan Aidil Fitri 2014

Sambutan Aidil Fitri peringkat SK Parit baharu telah disambut meriah pada hari Isnin11 Ogos 2014. Mari kita saksikan gambar kenangan di majlis tersebut.
3 cemerlang
2 Bestari
2 Cemerlang
1 Bestari
Pra Sekolah
1 Cemerlang
Cikgu-cikgu perempuan yang sempoi
Semua guru SK Parit Baharu
5 Bestari
6 Bestari
3 Bestari
5 Cemerlang
6 Cemerlang
4 Cemerlang

Begini lah penuh warna warni mereka bergambar kenangan dengan semua guru-guru dan murid. Ia hanya ada di SK Parit baharu. Siapa yang pernah berada disini pasti akan merindui saat-saat seperti ini setiap tahun. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin daripada kami semua warga guru, kakitangan dan murid-murid SK Parit Baharu.