Selamat Hari Guru

Sempena 16 Mei 2010 mari kita sama-sama meriahkannya dengan menyanyikan lagi ini... Lagu keramat " KAMI GURU MALAYSIA"



SELAMAT HARI GURU

Gotong Royong Perdana Sempena Hari Guru

Pada Sabtu 15 Mei 2010 telah diadakan acara Gotong Royong Perdana peringkat SK Parit Baharu sempena hari guru 2010. Para ibu bapa, murid-murid, guru-guru, kakitangan dan pegawai penerangan Daerah Sabak Bernam turut hadir bersama-sama.Meriah, menggambarkan permuafakatan dan persefahaman yang jitu antara semua yang terlibat. Mari kita saksikan gambar2 sempena majlis tersebut.









Semoga majlis seperti ini akan sentiasa mendapat kerjasama daripada semua pihak untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang kondusif untuk menuntut ilmu. Terima Kasih semua.......

Naib Johan Kriket Negeri Selangor

Pada 26 hingga 30 April 2010 seramai 5 orang pelajar SK Parit baharu telah terpilih menyertai kontigen Kriket Daerah Sabak Bernam. Mereka ialah:
1. Mohd Adib Abidin
2. Mohd Muhibuddin Nuri
3. Mohd Aiman Syafiq
4. Mohd Aidil Ahmad Razali
5. Mohd Baihaqi Ahmad Razali
Diiringi oleh guru
1. Hafizuddin Abd Aziz ( Manager )
2. Mohd Saari Mohd Saad ( Coach)
3. Shahrol Hair Tarekat ( Ast. Coach )
Telah menjadi Naib Johan Kejohanan Kriket MSS Selangor 2010 yg diadakan Sekolah Tinggi Kajang. Tahniah diucapkan diatas kejayaan yang amat membanggakan ini. Gambar diatas adalah sessi penyampaian semula sijil dan medal yang diadakan di Dataran SKPB pada perhimpunan mingguan Isnin.
Semoga kejayaan ini akan merangsang semua warga SK Parit baharu untuk terus cemerlang dan sentiasa mengharumkan nama sekolah..

pS: Pasukan yang berjaya membuat kejutan...

Perkhemahan Pengakap di Pasir Panjang

Pada 30 April hingga 2 Mac 2010 seramai 6 orang pengakap SK Parit baharu telah mengikuti Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Sabak Bernam anjuran PPM Sabak Bernam dan PPM Sungai Besar. Mereka ialah
1. Adibatul Lailiah Hadi Munir
2. Mumtazah Sairuji
3. Afiq Aiman Masror
4. Azmeera Nor Camelia
5. Hussein Salleh
6. Muhamad Amin

Pengalaman didalam perkhemahan peringkat daerah ini semoga akan memberikan nilai tambahan unt menjadikan insan yang seimbang sebagaimana yang diharapkan melalui Falsafah Pendidikan Negara
Perkhemahan kali ini diadakan di Kilang Kayu Dowell Sungai Panjang, Selangor milik seorang pengakap warga Australia yang budiman. Selama 3 hari 2 malam banyak aktiviti yg dijalankan antaranya simpulan & ikatan, Pertolongan Cemas, Menyelamat Kebakaran, malam kebudayaan dan sebagainya.
Semoga ia akan menjadikan pelajar2 SK Parit Baharu lebih cemerlang dan gemilang didalam pendidikan dan ko kurikulum... Sekian.

Pemilihan Pemain Kriket Daerah Sabak Bernam 2010

Assalamualaikum...
Selasa 20 April 2010
Seramai 32 orang pemain kriket seluruh daerah sabak Bernam telah berkampung di sekolah ini untuk sessi pemilihan skuad Sabak Bernam bawah 12 tahun. Pemilihan ini diketuai oleh Cikgu Mohd Halim Shah Miswan sebagai Pengerusi Teknik dan Cikgu Saari Mohd saad sebagai Ketua Jurulatih

Daripada jumlah itu hanya akan memilih seramai 15 orang pemain yang akan terpilih mewakili Sabak Bernam ke Kejohanan MSS yang akan diadakan pada 26 hingga 31 April 2010 di Kuala langat, selangor.

Menurut Pengurus Kontijen Cikgu Mohd Hafizuddin Abd Aziz. Pemain-pemain yang terpilih akan menjalani latihan pusat di sekolah ini bermula pada 21 hingga 24 di Padang SK Parit baharu untuk mendalami dan mempelajari kemahiran-kemahiran tambahan.